Rasa berkaca je mata Dang Sari apabila melihat seorang suami tidak dapat menemani isterinya menjalani rawatan kemoterapi di hospital tampil kreatif apabila tetap setia menemani di luar hospital di Texas.
Menerusi laporan Daily Mail yang Hamka baca, ketika wabak Covid melanda negara tersebut, pelawat tidak dibenarkan mengunjungi hospital menyebabkan Albert Conner akur dengan arahan itu.
Bagaimanapun, rasa kasih dan sayang kepada isterinya, Kelly Conner yang menghidap penyakit kanser payu dara, Albert tetap menunggu isterinya di luar hospital berdepan dengan tingkap bilik rawatan kemoterapi.
Albert juga menulis di kadbod dengan kata-kata;
“Saya tidak boleh bersama kamu tetapi saya ada di sini. Saya sayang kamu. Terima kasih kepada semua kakitangan,” katanya.
Tindakan Albert membuatkan Kelly terharu kerana pada hari tersebut, dia memandu sendirian ke hospital dan tidak menyangka suaminya mengekori malah menemaninya dari jauh.
Sweetnya kan lelaki dia… Ada tak di kalangan pembaca Dang Sari yang sweet begini… untunglah korang tau!