Bila tempoh terbaik korang boleh travel semula lepas PKP?

0 Comments

Salah satu industri yang paling terkesan akibat pandemik Covid-19 ialah industri pelancongan. Sebelum ini lapangan terbang adalah tempat yg paling sesak dengan orang ramai untuk berkunjung ke 1 destinasi ke destinasi yg lain, tapi tempat itu kini menjadi lengang. 

Kredit: Bernama

Ramai yg ingin melepaskan ‘geram’ untuk kembali bercuti selepas sekian lama ‘berkurung’ di dalam rumah. 

Tapi bilakah waktu yg sesuai untuk kita semua boleh travel kembali seperti biasa? 

Kredit: EncikShino.com

Namun, menurut pakar pelancongan global iaitu Atmosphere Research Group (ARG), garis masa pemulihan ini akan berlaku secara perlahan-lahan dalam tempoh 2 tahun selepas Covid-19 diisytiharkan sebagai “terkawal”.

Anggaran tempoh pemulihan: 6 – 9 bulan

Untuk tempoh 6 hingga 9 bulan pertama selepas Covid-19 reda, ARG meramalkan bahawa kumpulan yang dilabelkan sebagai “tiptoe traveller” yang pertama mula meneroka semula dunia.

Kredit: 123RF.com 

Walaupun kumpulan ini juga akan disertai oleh mereka yang berjalan atas urusan perniagaan, namun dijangkakan ia lebih melibatkan perjalanan peribadi dan juga percutian.

ARG mencadangkan kumpulan pertama yang akan melakukan perjalanan melalui penerbangan mereka yang “lebih berpendidikan” dan terdiri daripada kumpulan berpendapatan tinggi.

Mereka ini boleh dirujuk sebagai “cabin fever escapees” (gelisah sebab terperuk).

Kumpulan ini akan lebih tertumpu kepada perjalanan domestik tetapi juga diramalkan terlibat dalam perjalanan antarabangsa jarak jauh.

8 – 16 bulan

Sepanjang 8 hingga 16 bulan selepas Covid-19 berjaya dijinakkan iaitu melalui fasa pertengahan tahun 2022, ARG meramalkan akan berlaku satu gelombang yang digelarkan sebagai “perintis”.

Kumpulan ini akan dipimpin oleh mereka yang melakukan perjalanan perniagaan bersama-sama penumpang kerap (frequent flyer) peringkat pertengahan dengan pendapatan isi rumah RM10,000 ke atas.

Kumpulan ini diramalkan bakal membuat perjalanan antarabangsa berjarak sederhana.

12 -18 bulan

Dari 12 hingga 18 bulan, mereka ini akan disertai oleh “fast followers” di mana industri penerbangan bakal memperlihatkan jumlah pengembara perniagaan yang hampir kembali normal bersama-sama dengan tempahan kabin premium untuk kelas perniagaan dan pertama yang semakin meningkat.

Menjelang penghujung tahun 2022, sebahagian besar daripada industri ini akan kembali seperti biasa, atau sekurang-kurangnya hampir sama seperti dahulu sebelum Covid-19 melanda.

16 hingga 24 bulan, dan seterusnya

16 hingga 24 bulan selepas Covid-19 dianggap berjaya dikawal di seluruh dunia (iaitu pada penghujung tahun 2022, jika Covid-19 berjaya dikawal menjelang penghujung 2020). Barulah para pelancong dengan tujuan percutian akan membanjiri lapangan terbang di seluruh dunia. Industri ini dijangka mencapai 80% hingga 90% jumlah pelancong daripada sebelum virus melanda.

Namun begitu, ia tidak akan kembali pulih seperti biasa dengan serta-merta sebaliknya berlaku dengan perlahan dan berperingkat.

Hal ini berpunca dari kekangan kewangan dan juga usaha oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk kembali bangkit selepas tersungkur.

Korang mungkin berminat baca:
Peminat dekorasi hipster… tempat menarik untuk staycation!

Leave a Reply

Your email address will not be published.