10 Tempat Makan Yang Halal & ‘Tidak Kaleng-Kaleng’ di Pulau Tioman

0 Comments

Di Pulau Tioman terdapat banyak tempat makanan halal yang menghidangkan pelbagai menu lazat terutama makanan laut. Paling penting mereka tidak menjual sebarang minuman keras atau bahan yang dilarang kepada Muslim. 

Berikut Dang Sari senaraikan 10 tempat makan yang boleh korang cuba sekiranya ingin menjamu selera ketika melancong ke Pulau Tioman.

1.   Salang Indah Restaurant

Kredit: Foursquare

Jika korang menginap di Kampung Salang, Pulau Tioman, restoran yang hanya terletak seratus meter dari jeti ini bakal memberikan anda pengalaman menjamu selera dengan pemandangan laut yang indah dan hembusan angin pantai yang sangat menyenangkan.

Di sini terdapat pelbagai menu masakan Thai, sandwic, roti bakar, penkek, bubur, bahkan roti canai dan nasi lemak turut dihidangkan kepada pelanggan.

2.   Salang Dreams Restaurant

Kredit: GuideGecko

Restoran Salang Dreams merupakan salah satu restoran paling popular di pulau ini dan ia sentiasa dipenuhi dengan penduduk setempat serta pelancong asing.

Mereka paling terkenal dengan menu ayam panggang dan makanan laut yang dihidangkan lengkap bersama kentang, salad dan jagung manis. Selain itu di sini juga terdapat spageti dan stik yang sangat lazat!

3.   Tioman Cabana Beach Bistro

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/08/26/node-4090/Tioman-Cabana-Beach-Bistro-2-e1554163577576.jpg?itok=Heoq5Yea
Kredit: Tripadvisor

Tioman Cabana Beach Bistro yang berkonsepkan kafe bistro ini sangat Dang Sari syorkan jika anda berada di Kampung Tekek, Pulau Tioman.

Kebanyakan menu makanan di sini berasaskan makanan laut, Asia dan vegetarian termasuk penkek, omelet, burger, nasi, mi dan pizza.

 4.   Fiqthya Chalets Café

Kafe yang berkonsepkan warung makan ini terletak di Chalet Fiqthya di Kampung Air Batang, Pulau Tioman. 

Salah satu menu yang wajib dicuba apabila makan di sini tentunya ‘Fried Tom Yum Noodle’ yang sangat lazat serta pencuci mulut istimewanya Clear Coconut Pudding dan pulut mangga.

5.   Restoran Delima 

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/08/26/node-4090/Restoran-Delima2-e1554163433302.jpg?itok=2JTA06OC
Kredit: tripadvisor

Terdapat dua restoran Delima di Pulau Tioman iaitu di Kampung Tekek, dan juga di jalan utama Berjaya Resort.

Restoran ini menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan hidangan makanan lazat dengan menu masakan Melayu.

6.   Mawar Beach Restaurant

Kredit: tripadvisor

Restoran ini terletak berhampiran dengan Mawar Beach Chalets dan mempunyai pilihan makan malam yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan.

Menu di restoran ini kebanyakannya adalah masakan Melayu dan beberapa hidangan Barat. Di sini mereka turut menyajikan sarapan pagi.

7.   Warong Syahirah

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/08/26/node-4090/warong-syahirah-tioman-1.jpg?itok=0nFp3h4f
Kredit: booking.com

Restoran  yang terletak berhampiran resort Berjaya Tioman berhampiran jeti Tekek ini walau rupa restoran nampak biase-biase namun makanannya sedap-sedap belaka kerana ia berasaskan makanan laut segar dengan harga yang berpatutan.

Paling mendapat sambutan adalah hidangan udang dan ayam BBQ yang disajikan bersama sayur-sayuran tempatan. 

8.   Restoran Hijau

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/08/26/node-4090/Barat-Tioman-Beach-Resort-Skyview-Restaurant-2-e1554162319663.jpg?itok=c-Dpedej
Kredit: tripadvisor

Restoran Hijau merupakan salah satu restoran yang cukup terkenal di Pulau Tioman dan popular dengan hidangan masakan India asli, makanan laut dan Cina.

Kebanyakan pelanggan yang datang menjamu selera di sini pasti akan memesan pelbagai jenis makanan laut istimewa yang segar untuk dibakar atau dibuat BBQ.

9.   Matahari Restaurant

Kredit: myobservations

Jika ingin menikmati makan malam dalam suasana romantik bersama pasangan di tepi laut, jangan lepaskan peluang untuk merasainya di restoran Matahari yang terletak di Berjaya Resort Tioman.

Hidangan yang terkenal di sini adalah menu gabungan citarasa Thai dengan wangian pelbagai jenis herba segar seperti pudina, cilantro dan basil. Hidangan Barat juga tak kurang hebat di restoran ini.

10.   ABC Restaurant

ABC Restaurant ini terletak di ABC Chalets, Kampung Air Batang. Restoran yang beroperasi sehingga lewat malam ini menawarkan hidangan berpatutan berharga hanya RM20 untuk pelanggannya menikmati pakej BBQ makanan laut yang baru ditangkap oleh nelayan.

Pilih sahaja ikan, udang, sotong semuanya ada! Jika anda bukan penggemar makanan laut jangan risau sebab anda boleh pilih untuk sesi barbeku kepak ayam yang tak kurang lazatnya.

Artikel berkaitan:
10 Tempat Makanan ‘Meleleh Air Liur’ di Ranau
Kuliner Khas Kota Palembang Makanan ‘Rare’ Yang Perlu Korang Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published.