Jom Tidur Lena Seperti Di Angkasa

0 Comments

Bagi kaki backpackers, selalunya jenis penginapan yang dipilih korang pastinya jenis hostel bukan? Di Malaysia, mungkin penginapan jenis ini tak terlalu famous tetapi di luar negara ia memang menjadi pilihan utama buat mereka.

Di Singapura, korang boleh cuba tidur seperti di angkasa di Met A Space Pod di mana hostel ini menggunakan konsep in space yang sangat menarik.

Kredit: Agoda

Space pods (nama bagi katil di sini) sangat selesa dilengkapi dengan lampu putih dan biru, aircond, skrin tv dan anda akan diberi earphone untuk digunakan untuk keselesaan penghuni bersama.

Korang juga akan diberikan cermin muka, dan kemudahan plug untuk charge gajet gajet korang dan yang bestnya wifi juga ada disediakan.

Dah nama pun hostel, jadi ruang melepak haruslah dikongsi bersama, terdapat lounge area dan pantry area disediakan untuk digunakan bila bila masa dan disamping itu bolehlah saling mengenali penghuni penghuni yang lain.

Kamar mandi di hostel ini juga adalah sangat bersih kerana menggunakan khidmat pencuci dengan kadar yang kerap. Kelengkapan mandian seperti shampoo, sabun dan juga towel juga disediakan. Ini sudah bagus, ringan sikit backpack anda nanti.

Terdapat dua lokasi hostel ini untuk dipilih iaitu di Boat Quay dan juga Chinatown. Bagi Met a Space Pod di Boat Quay, ia sangat strategik kerana terletak 5 minit berjalan kaki dari UOB Plaza di Stesen Raffles Place.

Kredit: booking.com

Marina Bay Sands yang iconic itu terletak kira-kira 2km dan boleh dilihat dari pintu hostel. Serius, lokasi nya sangat strategik dan dari stesen MRT Raffles Place, anda akan melalui pemandangan Boat Quay yang sangat cantik sebelum sampai ke hostel ini.

Bagi yang datang bersama pasangan pula, terdapat pilihan  Deluxe space pods yang sedikit besar untuk kegunaan korang. Bolehlah berangan bersama sama ke bulan di dalam pod anda nanti.

Artikel berkaitan:
Airport Donegal Miliki Pemandangan ‘Landing Strip’ Tercantik di Dunia
Bosan Cheese Sebagai Makanan? Jom Ambil Peluang Bercuti di Cheese Suite

Leave a Reply

Your email address will not be published.