Rakyat duduk rumah, kanggaru pula bersiar-siar di bandar

0 Comments

Bila kita semua kena kuarantin… ada benda lain pula yang bersuka ria di atas jalan! Haha

Ia termasuklah seekor kanggaru dilihat bersiar-siar di bandar Adelaide, Australia yang kini sunyi selepas penduduk setempat hanya berada di rumah sepanjang masa.

Menerusi video berdurasi 50 saat oleh ABC News, kelihatan kanggaru terbabit berjalan di bandar Adeleide tanpa ada rasa takut diganggu manusia.

Dikongsi di laman Twitter berdasarkan rakaman CCTV di bandar Adelaide.

Suasana yang jarang dilihat ini telah menarik perhatian ramai yang menyifatkan alam semulajadi kini sedang dalam proses pemulihan.

Terdahulu, beberapa kejadian serupa turut berlaku di kawasan lain seperti singa terbaring berehat di tengah jalan raya, monyet bermain layang-layang dan juga berhibur di sebuah kolam renang di satu kawasan perumahan.

korang mungkin minat baca:
Lelaki ini habiskan masa menyiram 1400 jenis tanaman dalam rumahnya!
Ada Yang Ngidam Converse ‘Rare’? Jom Pergi ‘Selam’ di Kakimoto Shoten

Leave a Reply

Your email address will not be published.