Tempat ‘rahsia’ untuk tengok kapal terbang atas kepala

0 Comments

Selain daripada tempat menarik yang korang tahu di Sepang seperti Bagan Lalang, Banghuris homestay dan lain-lain, mungkin ramai tak tahu ada tempat best untuk korang ambil angin.

Tak perlu sampai nak stay dekat sana, korang just boleh pergi tengok kapal terbang turun dan naik, lepak dengan kawan-kawan or family sambil tengok view yang korang tak dapat dekat KL ni. 

Dari KL, ia mengambil masa sejam untuk sampai di situ, ambil sahaja arah yg sama seperti menghala ke KLIA 2, kemudian korang akan nampak ada 1 lorong kecil di sebelah Tune Hotels, KLIA 2.

Ikut lorong tersebut dan 2 kilometer daripada situ… cuba korang pandang ke sebelah kiri, akan ada banyak kapal terbang yang bersusun sedang menunggu giliran untuk berlepas dan mendarat.

Boleh dikatakan setiap masa ada sahaja pengunjung yang akan duduk di tepi jalan untuk merasai sendiri gegaran dan angin kuat ketika kapal terbang nak berlepas. And kalau bawa anak kecil, mereka lah yang paling excited!

Turut tidak melepaskan peluang korang boleh ambil gambar waktu nak senja, dengan view kapal terbang dekat atas kepala korang!

Bahkan ada sekeluarga berkelah di tepi lapangan terbang bersama anak-anak. Pada mereka, bunyi bingit kapal terbang turun dan naik tak menjadi halangan untuk berada berhampiran landasan asalkan dapat melihat kapal terbang berlepas dan mendarat. 

Jangan rasa pelik jika tengok banyak kereta berhenti area situ… sebab mereka juga pengunjung seperti korang yang ingin melihat kapal terbang berlepas dan mendarat. 

But Cik Gaya nak remind korang yang tempat ni bukan Anjung Spotter yang diwujudkan kerajaan hari tu, this 1 lagi best dari tempat tu. jom try lepas PKP! 

Lepas dah penat, korang boleh je datang makan dan minum di KLIA, ada tempat shopping pun di dalamnya! Selain dalam KLIA, MITSUI pun korang boleh singgah untuk cuci mata. 

A sign on the side of a road

Description automatically generated

sumber: kakikujalanjalan

korang mungkin minat baca:
8 ‘Port’ Eksotik Wajib Pergi Jika Bercuti Ke Morocco
Penjara 5 bintang seperti tempat percutian

Leave a Reply

Your email address will not be published.