Unik! Sepasang Tangan Gergasi Memegang Jambatan Emas di Vietnam

0 Comments

Korang pasti terkesima dengan satu tempat pelancongan yang terletak di pinggir Gunung Ba Na, dikenali sebagai ‘Jambatan Emas’ yang seakan-akan dipegang oleh sepasang tangan gergasi yang menghadap ke langit.

Jambatan ini terletak 1,400 meter atas paras laut di kawasan terpencil Thien Thai Garden. Jambatan Emas ini juga mempunyai kepanjangan sepanjang 150 meter. Dalam ketinggian ini, jambatan ini kelihatan seperti jalur sutera yang berada dalam awan-awan Da Nang.

Kredit: coconuts

Yang menariknya, jambatan ini juga menjadi perhatian kerana dipenuhi dengan pokok bunga lobelia Chrysanthemums yang menghiasi sepanjang jambatan ini. 

Warna ungu yang terang daripada bunga ini memberi kombinasi yang sangat sesuai dengan ciptaan sepasang tangan gergasi yang mempunyai warna kesan cuaca untuk mencipta ilusi yang objek ini sudah berumur dan antik.

Jambatan Emas ini menelan pelaburan sebanyak kira-kira $2 billion untuk menarik lagi banyak pelancong di seluruh dunia ke kawasan ini. Pasti korang teruja kan dengan tempat ini. Budak Kaca Mata pun akan akan memasukkan tempat ini dalam list travel I.

Kredit: Threeland Travel

Tidak lupa juga kepada selfie-lovers yang pastinya akan meletakkan tempat ini sebagai tempat tumpuan mereka sekiranya melancong di Vietnam. 

Pemandangan yang indah serta dihiasi penuh dengan bunga-bunga yang cantik pasti sesuai untuk para mereka yang berhajat untuk post gambar mereka di laman Instagram.

Kredit: tripindicator

Artikel berkaitan:
Bosan Cheese Sebagai Makanan? Jom Ambil Peluang Bercuti di Cheese Suite
Airport Donegal Miliki Pemandangan ‘Landing Strip’ Tercantik di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published.