7 Makanan ini Bakal Beri Anda Tenaga Sepanjang Seharian Puasa

0 Comments

Sepanjang kita menjalani ibadat berpuasa pada bulan Ramadhan, ada kalanya pasti berasa lesu walaupun sudah menjamah banyak ketika bersahur. Kalau boleh ketika berbuka pula makanan hendak dijamah hingga penuh satu meja terhidang tetapi kesudahannya bukan semua makanan itu habis dimakan.

Malah, makan berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan. Sebenarnya, kita perlu kurangkan makan berlebihan dengan memilih makanan yang baik untuk kesihatan. Berikut merupakan 7 makanan yang kita boleh amalkan sepanjang bulan Ramadhan.

1.   Kurma

Kredit: hellodoktor

Kaya dengan kandungan lemak sangat rendah, kaya dengan vitamin dan mineral serta sumber terbaik untuk serat makanan bagi memberi tenaga, lebih-lebih lagi ketika berpuasa. 

Jika anda tidak makan kurma, cuba mulakan dengan minum susu kurma yang dijual di pasar raya. Bagi Dang Sari susu kurma pun dah cukup untuk membuat korang kenyang ketika seharian berpuasa.

2.   Delima

Kredit: Keluarga

Kaya dengan vitamin A, C, E dan asid folik malah tiga kali ganda antioksidan berbanding teh hijau serta sangat baik untuk pencernaan.

Berbanding minum air manis bergula, lebih baik korang cuba buat jus delima untuk berbuka. Bukan sahaja rasanya sedap malah memberi tenaga dan menyegarkan.

3.   Barli

Kredit: Hijab & Heels

Minuman paling sesuai untuk menyejukkan badan dan membantu mengawal kandungan glukosa dalam badan. Bagi pesakit diabetes, sangat sesuai untuk minum air barli, malah dikatakan penawar penyakit jantung dan buah pinggang.

4.   Labu

Kredit: cookpad

Buah labu ini sangat sihat kerana mempunyai kalori yang rendah yang akan melambatkan kelaparan dan kandungan air sangat tinggi (94%), sekali gus mengurangkan dehidrasi. 

Boleh gunakan buah labu dalam masakan seperti masak lemak labu, bening labu, pengat labu, cucur labu dan onde-onde labu.

5.   Tembikai

Kredit: tasteofhome

Ada pelbagai jenis tembikai sama ada warna merah atau kuning. Ada juga rock melon atau tembikai wangi dan tembikai susu. 

Tembikai merupakan buah yang kaya dengan sumber serat dan mempunyai banyak air (90 peratus) dan bagus untuk korang ambil ketika berpuasa kerana membantu menghilangkan sakit perut dan gastrik.

6.   Madu

Kredit: healthline

Semua sedia maklum madu memang mempunyai pelbagai khasiat yang dibuktikan menerusi kajian saintifik. Dalam al-Quran, madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia.

Madu mengandungi flavonoid dan antioksidan yang tinggi dan boleh bertindak sebagai pemanis semula jadi. Ia juga boleh menambahkan tenaga.

7.   Daging kambing

Kredit: Myresepi

Daging kambing sumber daging merah terbaik kerana paling rendah kandungan lemak tepu tetapi tinggi kandungan lemak tidak tepu. 

Ia melancarkan pengaliran darah dan kandungan vitamin B12 di dalamnya memberi ketahanan kulit hasil tindak balas terhadap protein yang kena cahaya matahari.

Semua senarai makanan ini memang mudah dicari di pasar raya. Semoga dengan pengambilan makanan yang dicadangkan ini, bukan sahaja kekal sihat malah memberi tenaga untuk meneruskan ibadah puasa.

Artikel berkaitan:
Jangan Sesuka Hati Ambil Gambar di 5 Negara Ini!
Biar Bonar Ada Negara Yang Air Paipnya Selamat Untuk Diminum?

Leave a Reply

Your email address will not be published.