Kalau cakap kat Terengganu, korang cuma tahu pulau yg popular seperti Perhentian kan? Sebenarnya ada pulau yg menarik untuk korang pegi holiday iaitu Pulau Gemia!
Walaupun namanya kurang dikenali, tetapi keindahan dan kecantikan Pulau Gemia tetap memukau mata sesiapa yang melihatnya dan dijamin korang takkan menyesal menghabiskan masa percutian korang di pulau berkenaan.
Terletak kira-kira 18 kilometer dari Marang, pulau itu mendapat namanya daripada pokok kundang atau lebih dikenali sebagai pokok gemia yang tumbuh di puncak bukit pulau oleh masyarakat Terengganu.
Dengan menaiki bot dari jeti Marang di Kuala Terengganu, perjalanan ke Pulau Gemia hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja dengan jarak 5 kilometer.
Bagi korang yang memang nak ke Pulau Kapas, korang boleh juga singgah ke pulau ini yang hanya berjarak kira-kira 800 meter antara satu sama lain.
Pulau Gemia sebenarnya agak terkenal dalam kalangan pelancong antarabangsa yang mencari sebuah destinasi percutian yang damai, sunyi, dan menenangkan!
Gemia diliputi pohon yang mekar menghijau dan ia adalah sebuah pulau persendirian yang juga dikenali sebagai Coral Island kerana dikelilingi oleh terumbu batu karang dan kaya dengan khazanah hidupan laut.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Gemia adalah berkayak, snorkeling dan merentas hutan.
Persekitaran pulau yang romantis dihiasi pula pemandangan matahari terbit dan tenggelam yang cukup mempesonakan, menjadikan Gemia juga lokasi bulan madu yang paling sesuai buat pasangan suami isteri.
Kalau korang bernasib baik, mungkin berpeluang melihat kehadiran spesies ‘Penyu Agar’ yang datang untuk bertelur di pulau ini.
korang mungkin minat baca:
Kalau main kona dekat highway karak, jom singgap jap makan lemang To’Ki
Chalet konsep P. Ramlee di Melaka, jom try geng!