6 Makanan Eksotik Halal Wajib Cuba di Malaysia

0 Comments

Kalau cakap pasal makanan, semua orang pun suka makan tapi kalau cakap pasal makanan eksotik ataupun sejenis makanan rare, pelik dan jarang ditemui… rasa-rasa ramai tak yang berani nak makan?

Kalau anda seorang yang tak kisah dan berani nak cuba sesuatu yang baru, mungkin 6 makanan eksotik ini korang patut try!

1.   Rendang & Stik Landak

Kredit: saji
https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/02/28/node-3363/food-1034608_960_720.jpg?itok=lYpo73A4
Kredit: saji

Rendang memang sinonim sebagai makanan Hari Raya yang dimakan bersama ketupat dan lemang dan yang menjadi bahan utama untuk rendang adalah ayam dan daging. Tak pernah terfikir pula yang rendang dimasak dengan daging landak.

Sebenarnya, tekstur daging landak ni seperti ayam cuma isinya liat sedikit. Kalau bab rasa pula, mestilah sedap dan unik. Cumanya, ia agak sukar untuk didapati di mana-mana. Ada sesetengah tempat sahaja seperti di Sungai Besar dan Sekinchan, Selangor yang menyediakan lauk landak disebabkan harganya agak mahal. 

Selain rendang, daging landak juga boleh digoreng dan sedap kalau dibuat masak lemak. Tapi ramai juga yang gemar buat stik landak. Lagi sedap katanya… 

2.   Tupai Masak Black Pepper

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/02/28/node-3363/tupai-masak-black-pepper-95.png?itok=hWzNh-Bl
Kredit: Pentadbir

Tak sangka haiwan comel macam si tupai ni ada orang terfikir nak masak dengan ‘black pepper’. Rare sungguh, kan? Kalau korang pergi ke Gopeng, Perak, menu ini boleh korang cari dan rasa. 

Bagi yang was-was, tupai boleh dimakan atau tak… jangan risau, ianya adalah Halal menurut portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan tau. Jadi, boleh sahaja kalau korang nak makan.

3.   Kerabu Beronok 

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/02/28/node-3363/14701204_914246142043396_5937419019702239232_n.jpg?itok=fqa1OT2P

Beronok ini dari segi rupa fizikal dia nampak macam gamat tapi bukan tau. Beronok merupakan sejenis hidupan laut yang boleh didapati di pantai yang berselut. Sebab tu, kalau nak cuba rasa korang kena pergi ke Pulau Langkawi, Kedah.

Selalu beronok ni orang Langkawi suka buat kerabu dan dimakan bersama nasi. Tapi ada juga yang suka makan mentah-mentah. Warna beronok ni kelabu atau merah jambu. Rasanya kenyal-kenyal seakan isi kulit kelapa dan sedikit masin. Sekali cuba, mesti korang takkan berhenti menguyah punya!

4.   Belalang Goreng

Kredit: saji

Siapa dulu masa kecik-kecik suka tangkap belalang dekat padang sekolah. Tapi, tak pernah terfikir la pulok sampai nak makan serangga tu boscoo…

Kalau kat negara jiran, Thailand belalang dah macam snek wajib dorang tapi kita kat Kelantan pun dah popular dengan menu belalang goreng ini. Ada juga yang tambah santan supaya ia jadi lebih enak dan lazat.

Siap ada yang buat juadah belalang goreng kunyit atau kari tau. Mesti tambah sedap kalau buat kudap-kudap sambil tengok citer P.Ramlee ‘Nujum Pak Belalang’ kan… hehehe

5.   Kerabu Ikan Mentah (HINAVA)

Kredit: univelerfoodsolutions

Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum Kadazan Dusun di Sabah. Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. Ia dimakan sebagai hidangan lauk bersama sayur. 

Rasa dia mesti menyegarkan betul tak? So, jangan ingat orang Jepun je pandai makan ikan mentah… heheeee… 

6.   Belangkas Bakar

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/02/28/node-3363/1519311761-belangkas_bakar_cicah_air_asam_orang_orang_art_cafe_2.jpg?itok=j0Sp6Ecq
Kredit: bidadari.my

Kalau dulu, hidangan eksotik belangkas masih kurang diterima kerana isinya dikatakan beracun namun sekarang menu ini kian mendapat permintaan tinggi apatah lagi bila statusnya disahkan halal oleh pihak berwajib.

Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Harga bagi seekor belangkas boleh mencecah antara RM10 hingga RM15.

Selain belangkas bakar, ia juga boleh dimasak sambal dan telurnya juga selalu dibuat masak lemak cili padi serta masak lemak berempah.

Jadi, selamat menjamu selera gaiss!

Artikel berkaitan:
Cara Buat Sushi Ikut ‘Tekak Melayu’
6 Tempat Makan Halal Wajib Anda Singgah di Bangkok

Leave a Reply

Your email address will not be published.