Buat korang yang belum pernah cuba bermalam di sebuah hostel backpackers, mungkin ada yang kurang faham mengapa ramai traveller memilih backpacker hostel. Kelebihan menginap di backpacker hostel antaranya, murah, membantu ekonomi orang tempatan, berjumpa ramai traveller lain dan banyak lagi lah.
Namun, bukan semua backpacker hostel itu murah, ada yang lebih mahal dari hotel tau! Jadi, hari ini Dang Sari senaraikan 7 perkara penting yang perlu diambil kira sebelum menempah backpacker hostel.
1. Lokasi
Pemilihan lokasi hostel adalah sangat penting sebab untuk menjimatkan kos. Sekarang ini, dah banyak laman web yang mula senaraikan hostel backpackers dalam senarai penginapan mereka dan boleh dikatakan kesemuanya tepat.
Teliti dahulu lokasi hostel berkenaan. Pastikan lokasinya berdekatan dengan tempat-tempat menarik, di tengah-tengah bandar ataupun berada di kawasan yang mudah untuk mendapatkan pengangkutan awam.
Selain faktor pengangkutan, teliti juga kawasan berkenaan. Ada restoran atau tidak, ada kedai serbaneka, mesin ATM dan lain-lain yang dirasakan perlu. Kalau masih dalam lingkukan ‘boleh sampai’ dengan berjalan kaki, kira okay lah tu.
2. Review
Hah, puasa-puasa ni duduk dkt rumah tak boleh buat apa sebab PKP, rajin-rajinkan diri untuk baca review terkini tentang satu-satu hostel yang kita akan tempah. Biasanya, backpackers ni jarang yang menipu dan diorang tahu ‘standard’ yang boleh dijangkakan.
Nama pun backpacker hostel, jangan hangpa semua nak harap macam hotel 5 bintang lah, melainkan hostel tersebut memang nyatakan sebegitu. Selain itu, perhatikan juga komen berkenaan kebersihan, lokasi dan tips. Biasanya kalau ada yang rajin, mereka akan share.
3. Hostel Sendiri atau Organisasi
Setakat ini, dah ada pengalaman tinggal di hostel persendirian dan hostel yang dikelolakan oleh syarikat atau organisasi. Kalau organisasi ni, dia macam ada cawangan dekat tempat lain jugaklah dan dikendalikan oleh syarikat sama.
Biasanya, yang dikendalikan oleh orang persendirian ni lagi best. Sebabnya mereka ni kebanyakannya traveller jugak dan membuka bisnes hostel, jadi mereka tahu apa kehendak pelanggan mereka.
4. Saiz Dorm
Saiz dan bilangan dorm ni bergantung kepada pengusaha atau tempat hostel itu sendiri. Paling minima, bilik seorang, dan paling ramai yang pernah nampak, 20 katil dalam satu dorm pun ada tau!
Tips dia dekat sini, korang pilih yang sedang-sedang saje sama ada 4 katil atau 6 katil. Biasanya, lagi banyak katil, lagi murah harga untuk bermalam di satu-satu hostel.
Tapi kena fikirkan faktor persekitaran jugak. Kalau bilik terlalu ramai, berkemungkinan besar, tidur akan terganggu, terasa kurang privasi dan keselamatan barang-barangan.
5. Dorm Dipisahkan Lelaki & Perempuan
Ada sesetengah hostel, mereka akan pisahkan antara dorm lelaki dan wanita dan ada juga dorm campuran. Untuk pasangan yang berkahwin, ini mungkin menjadi satu masalah kerana berkemungkinan anda akan kongsi satu beg dan sebagainya.
Dari segi keselamatan, masih perlu berjaga-jaga tapi risikonya kecil sedikit berbanding dorm campuran dan besar. Macam gambar di atas tu. biasanya diorang akan nyatakan sama ada ia mixed dorm atau female only.
6. Kemudahan
Selain harga yang berpatutan, seperkara yang perlu diambil kira adalah kemudahan yang disediakan di sesebuah hostel. Paling penting menurut ramai backpacker adalah kemudahan untuk memasak dan peti sejuk untuk menyimpan barang-barang basah
Ini biasanya jika korang menginap untuk tempoh masa yang lama. Selain itu, kaunter pendaftaran atau staf yang ada di premis 24 jam, WiFi percuma dan lain-lain perkhidmatan yang penting menurut kesesuaian.
7. Check Mungkin Ada ‘Extra’ Untuk Anda
Bahagian extra ni kebiasaannya perkhidmatan yang tak selalu ditawarkan oleh tempat lain tetapi ditawarkan di hostel tersebut. Mungkin sarapan secara percuma, tuala, pengangkutan dari / ke lapangan terbang dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan.
Selalunya, apa yang menarik adalah hostel yang ada kafe sendiri, mesin bancuh kopi misalnya, bilik entertainment atau board game, komputer dan lain-lain.
Disebabkan nama pun extra, mungkin ada yang kenakan bayaran tetapi ada yang diberikan secara percuma namun ia disediakan atas permintaan.
Jadi, yang mana ada nak plan-plan nak pi hostel, jangan lupa ikuti tips dari Dang Sari ni tau!
Artikel berkaitan:
12 Tips Elak Jadi Mangsa ‘Scam Teksi’ Ketika Bercuti Di Luar Negara
Biar Bonar Ada Negara Yang Air Paipnya Selamat Untuk Diminum?