Dari Bangsal Terbiar Menjadi Lokasi Paling Instagrammable Di Australia

0 Comments

Pengunjung ke Perth, Australia pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dengan sebuah bangsal berwarna biru iaitu Blue Boat House. Menariknya, Blue Boat House ini actually nothing kot… hanyalah sebuah bangsal yang tidak mempunyai fungsi tertentu dan ia bukanlah menarik mana menurut warga tempatan. 

Ia hanya ‘hype’ kepada pelancong luar dan menurut sebuah artikel yang pernah disiarkan oleh CNN pada 2019, Blue Boat House ini merupakan lokasi paling Instagrammable di Perth, Australia.

Kredit: pinterest

Menurut cerita, Blue Boat House menjadi fenomena setelah dibaik pulih sepenuhnya pada awal tahun 2000 dan ia mulai tular dalam kalangan influencer dari Korea Selatan dan China yang terlebih dahulu ‘menemui’ dan secara tidak langsung memperkenalkan bangsal biru ini di media sosial. 

Sejak itu, ia menjadi lokasi paling popular dalam kalangan pelancong di Perth. Dibina sejak tahun 1940an, nama rasminya ialah Crawley Edge Boatshed dan ia dimiliki oleh keluarga Nattras. Disebabkan keadaannya tidak terurus dan bakal dirobohkan pada tahun 2001, keluarga Nattrass membuat keputusan untuk membaiki semula bangsal ini.

Kredit: wallpapersafari

Setelah mendapat persetujuan ahli keluarga lain, mereka memilih warna biru sebagai warna baharu bangsal ini yang asalnya berwarna coklat dan sangat membosankan. Ternyata, keputusan itu bukanlah suatu yang sia-sia. 

Kerana hari ini, ia menjadi salah satu tarikan pelancongan dan dikhabarkan pihak Western Australia turut menambah fasiliti baharu di sekitar bangsal berkenaan termasuklah tandas awam yang dibina dengan kos A$400,000 (~RM1.054 juta).

Kredit: thetravelintern
Kredit: Thekeepersmap

Begitulah ceritanya. Jadi, jika korang mahu bercuti ke Perth selepas ini, jangan ketinggalan untuk bergambar di Blue Boat House yang ada berdekatan Central Business District, anda cari Swan River, pasti akan menemukan bangsal yang terkenal ini.

Artikel berkaitan:
Cameron Highlands Kini Miliki Penginapan Berkonsep ‘Treehouse’
Unik! Sepasang Tangan Gergasi Memegang Jambatan Emas di Vietnam

Leave a Reply

Your email address will not be published.