Tak Dapat Balik Kampung? Korang Boleh Video Call 8 Orang Secara Serentak Lepas Ni!

0 Comments

WhatsApp memang medium popular bagi menghubungkan jarak sosial kitorang lebih-lebih lagi di waktu PKP ni. 

Kalau dulu hanya boleh 4 orang sahaja untuk setiap kali video call dibuat, tapi sekarang korang boleh buat panggilan seramai 8 orang secara serentak. Ini merupakan fungsi baru yang diperkenalkan WhatsApp, pastinya perbualan korang akan menjadi lebih rancak lepas ni bersama member yang ada. 

Screenshot 2020-04-27 at 3.07.55 PM

Buat mereka yang skeptikal dengan sistem sekuriti Zoom, penggunaan WhatsApp mungkin antara alternatif yang boleh dicuba memandangkan aplikasi ini menawarkan sistem sekuriti yang lebih baik sekaligus mengelakkan perbualan korang diceroboh pihak ketiga.

Fungsi terbaru daripada WhatsApp ini bakal ditawarkan buat semua pengguna tidak lama lagi. 

Bolehlah korang gunakan fungsi ini untuk ‘beraya’ bersama keluarga khususnya buat mereka yang tidak dapat pulang ke kampung pada tahun ini.

Jangan nangis lagi okay!

korang mungkin minat baca:
AS cadang ‘hantar malaikat maut’ halang penduduk keluar rumah
Sungai Melaka kembali jernih seperti Venice dan Itali!

Leave a Reply

Your email address will not be published.