China dan India Guna Cara Kreatif Jaga Jarak 1 Meter Elak Covid-19

0 Comments

Waktu PKP ni je korang boleh tengok benda yang unik dan kreatif ni guys! 

Sebab dekat China bukan sahaja terdapat topeng hidung dan mulut bagi mengelakkan covid-19, tapi topi rekaan khas turut diperkenalkan sebagai alat pelindung diri buat masa ini. 

Perkara ini viral apabila sekolah rendah di Hangzhou, China mengambil ilham daripada pakaian kerabat raja zaman Dinasti Song sebagai cara mengekalkan jarak antara satu sama lain ekoran daripada pandemik Covid-19.

Pelajar sekolah berkenaan dilihat memakai topi khas yang disertakan bersama sayap di kiri dan kanan kepala, bagi memastikan jarak sekurangnya satu meter daripada mereka.

Menurut kisah lagenda, topi yang dipakai oleh kerabat Song dahulu berfungsi supaya tidak ada orang yang boleh berbisik ketika perbicaraan dalam mahkamah sedang dijalankan.

Mempunyai fungsi yang lebih kurang sama, sekolah rendah ini mewajibkan pelajar mereka memakai topi berkenaan sejak sekolah mulai dibuka pada Isnin.

Sementara itu, India antara negara yang sering mencuri perhatian ramai khasnya ketika pandemik Covid-19 ketika ini.

Mana tidaknya, ada sahaja cara yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu bagi mengajar rakyatnya agar patuh kepada undang-undang.

Terbaru, mereka perlu menggunakan payung yang dibuka untuk pergi kemana-mana bagi mengekalkan jarak 1 meter dan ia merupakan inisiatif Menteri Kewangan negeri terbabit, T.M. Thomas Isaac.

“Apabila 2 payung dibuka, ia secara tak langsung memastikan jarak 1 meter minimum seorang”, kata Thomas Isaac menerusi laman Twitter miliknya yang dilapor Khaleej Times. 

Idea itu juga menjadi projek “Break The Chain Umbrella” yang memperuntukkan 10,000 payung kepada penduduk setempat.

korang mungkin minat baca:
AS cadang ‘hantar malaikat maut’ halang penduduk keluar rumah
Sungai Melaka kembali jernih seperti Venice dan Itali!

Leave a Reply

Your email address will not be published.