Mesti ramai yang ingat tak ada siapa melancong masa bulan puasa,kan? Sebenarnya, ramai kaki travel sekarang yang suka berkunjung ke negara orang ketika bulan Ramadhan bagi merasai sendiri pengalaman berbeza berpuasa, bersahur dan berbuka mengikut adat serta budaya masyarakat di sesuatu tempat.
Ini tip khas buat korang yang mungkin ada impian untuk melancong tak kira lah sama ada di dalam atau luar negara ketika bulan Ramadhan tapi jangan buat tahun ini sebab kita tgh PKP. Jadi, simpan tips ini buat korang travel pada tahun depan.
1. Pastikan ada aplikasi ‘Muslim Pro’
Sebelum start travel, pastikan korang dah download dulu aplikasi ‘Muslim Pro’ di dalam smartphone yang boleh didapati secara percuma di App Store atau Play Store.
Aplikasi ini penting untuk korang mengetahui waktu solat, waktu berbuka dan arah kiblat yang boleh diset mengikut lokasi di mana korang sedang berada. Malah, aplikasi ini juga dilengkapi dengan bacaan dan penterjemahan Al-Quran, restoran atau tempat makan halal dan juga tempat solat ketika berada di negara orang.
Jadi dalam pada korang seronok berjalan-jalan melihat keindahan tempat orang, hal-hal ibadah tetap tidak dilupakan.
2. Pilih destinasi yang siang & malam 12 jam
Korang perlu bijak dalam memilih destinasi pelancongan yang sesuai mengikut kemampuan korang untuk berpuasa. Seandainya korang mampu berpuasa lebih 20 jam sehari seperti di Iceland, bolehlah ke sana.
Tapi, kalau rasa-rasa badan dan tahap keimanan korang tak berapa nak kuat, lebih baik korang pilih tempat atau lokasi yang mempunyai waktu berpuasa paling pendek.
Contohnya seperti di Santiago, Chile; Cape Town, Afrika Selatan dan Argentina yang memiliki rekod tempoh berpuasa paling singkat di dunia iaitu antara 11 hingga 10 jam sahaja.
Lagi pula tujuan kita travel ketika berpuasa pun bukanlah untuk mencabar diri sangat pun kan, ianya cukuplah sekadar untuk merasai pengalaman berpuasa di tempat orang.
3. Rancang perjalanan
Perkara yang perlu dilakukan seterusnya adalah merancang perjalanan dengan teliti supaya korang kurang ditimpa masalah yang boleh membazirkan masa serta tenaga. Sebaiknya, sediakanlah itinerari yang tidak terlalu padat supaya tidak terkejar-kejar dan tak penat. Hindari aktiviti-aktiviti lasak atau yang tidak sesuai, seperti mendaki gunung dan scuba diving.
Apa yang penting kaji tempat-tempat yang ingin dilawati terlebih dahulu seperti menyemak hari dan waktu operasi tempat-tempat tersebut dan pastikan korang tahu pengangkutan yang ada dan tempoh masa yang diambil untuk ke sana.
4. Travel secara kumpulan
Elakkan travel secara solo atau bersendirian ketika sedang berpuasa bagi mengelakkan korang rasa lambatnya masa berlalu. Sebab kalau travel bersama kawan-kawan atau dalam kumpulan, sedar tak sedar, sudah lebih 2 jam dan sudah jauh rupanya anda berjalan.
Mempunyai teman ketika travel sangat membantu untuk mengalihkan fikiran kita daripada berasa penat dan bosan, lagi-lagi ketika sedang berpuasa.
Lagi best bila kos seperti pengangkutan dan penginapan juga akan jadi lebih murah kerana boleh dikongsi bersama-sama.
5. Lebihkan negara Islam
Masalah yang paling kerap dialami pengembara Muslim adalah untuk mendapatkan makanan halal lagi-lagi jika travel ke tempat yang majoriti daripada penduduknya bukan beragama Islam.
Oleh itu, ada baiknya korang pilih tempat yang majoritinya beragama Islam supaya senang untuk korang menjalani ibadah puasa serta dapat belajar mengenai adat resam dan budaya berpuasa masyarakat tempatan ketika bulan Ramadhan.
Kelebihan juga jika berpuasa di negara Islam ialah ketika berbuka, korang boleh mengunjungi masjid-masjid mereka yang mungkin ada menghidangkan makanan percuma untuk orang Islam berbuka di sana.
Paling best, korang pun boleh join solat tarawih bersama penduduk setempat di masjid dorang, kan? Selain dapat banyak pahala, doa korang pun mudah dimakbulkan Allah. Yela doa orang berpuasa dan bermusafir kan mustajab di sisi Tuhan.
Artikel berkaitan:
Takut Ditipu! Ini 7 Tips Wajib Tahu Sebelum Tempah Backpacker Hostel
7 Makanan ini Bakal Beri Anda Tenaga Sepanjang Seharian Puasa