Mexico Tawar Pelancongan Melawat Muzium Dasar Laut

0 Comments

Pernah tahu tentang kewujudan muzium di dasar laut? Mari Budak Kaca Mata hari ini kongsikan dengan ualls tentang Cancun Underwater Museum (MUSA). 

Disebabkan lokasinya berada di dalam laut, anda berpeluang untuk menyelam ke dalam laut menggunakan pakaian scuba. Oh ya, yang mengecewakan sedikit, anda perlu lesen skuba ya. Jika tidak, pihak muzium hanya benarkan anda melihat muzium tersebut melalui aktiviti snorkelling sahaja.

Kredit: my favourite escapes
cancun

Muzium ini merupakan cetusan idea Pengarah Taman Laut Cancun ini sendiri iaitu Jaime Gonzalez Canto dan Jason deCaires Taylor yang merupakan pelopor kepada ukiran di dasar laut selepas melihat banyaknya kerosakan terumbu karang di sini sejak 2008.

Terdapat lebih daripada 470 buah patung dan ukiran di sini yang dijalankan oleh badan NGO yang memfokuskan seni pemuliharaan. Apabila terdapat banyak terumbu karang mula muncul di sekitar lokasi ini, ia berjaya menarik minat hidupan laut untuk membiak.

cancun
Kredit: STSTW

Yuran yang dikenakan untuk aktiviti snorkelling ialah sekitar USD45 untuk dewasa dan USD22.50 untuk kanak-kanak. Tempoh masa untuk melawat adalah dalam 2 jam.

Untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti skuba, yuran yang dikenakan ialah USD65 untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Penyelam skuba bertauliah akan bantu anda melihat keindahan dasar laut Cancun Underwater Museum.

Jadi, bagi yang ada lesen scuba tu, rugilah kalau tak ambil peluang melihat sendiri keunikan yang ada pada muzium di dasar laut ini.

Artikel berkaitan:
Dari Bangsal Terbiar Menjadi Lokasi Paling Instagrammable Di Australia
Cameron Highlands Kini Miliki Penginapan Berkonsep ‘Treehouse’

Leave a Reply

Your email address will not be published.