Moh Cuba 4 SkyWalk Ini Yang Bikin Anda Ketaq Lutut

0 Comments

Anda seorang yang berani dan tidak takut gayat dengan tempat tinggi? Budak Kaca Mata nak syorkan korang lepas PKP moh pergi mengembara ke laluan lantai berkaca Skywalk di beberapa tempat ini.

Ada yang laluannya berada setinggi 1,000 kaki dari aras laut. Namun, itulah yang menjadi daya tarikan bagi tempat-tempat perlancongan ini. Mana tahu ada di anda korang bertukar fikiran dan mahu melakukannya walaupun hanya sekali seumur hidup.

1.   Hunan Province, China

Kredit: Viator

Dengan ketinggian puncak mencapai sekitar 5,000 kaki dari aras laut, Hunan Province menjadi tempat untuk spesies tumbuhan yang sangat jarang ditemui. Dekat sini juga, perhubungan menggunakan kereta kabel sepanjang 4 batu, menjadikan terpanjang di dunia untuk jenisnya.

Skywalk yang terletak di Tianmen Mountain di Zhangjiajie, China ini berada pada ketinggian 4,700 kaki dari aras laut. Jambatan ini mempunyai jarak sejauh 200 kaki.

2.   Grand Canyon, Amerika Syarikat

Kredit: Amazing Places

Sejak pembukaan Grand Canyon West Rim pada tahun 2007, Grand Canyon Skywalk yang memiliki laluan kaca lutsinar menjadi destinasi yang menarik buat pelancong yang berkunjung ke sini. Grand Canyon Skywalk juga merupakan tempat kedua laluan kaca lutsinar tertinggi di dunia.

Strukturnya direka tampak seperti tapak ladam kuda yang mengunjur ke tengah dari hujung tebing pergunungan. Yang menariknya, Grand Canyon West Rim mendapat kerjasama daripada suku kaum Hualapai Indian bagi membangunkan dan mengimbangi tradisi Grand Canyon untuk pelancongan.

3.   Sunwapta Valley, Kanada

Kredit: Pinterest

Glacier Skywalk merupakan laluan kaca lutsinar yang terletak di paras 280 meter di atas Sunwapta Valley di Taman Negara Jasper yang baru dibuka pada tahun 2014.

Skywalk yang dibina setinggi 40 meter dari aras laut ini merupakan antara tarikan yang agak baru bagi pelancong yang mengunjungi Busan, Korea yang terletak di hujung Pantai Igidae.

4.   Zhangjiajie, China

zhangjiajie
Kredit: Pinterest

Skywalk yang terletak di Tianmen Mountain di Zhangjiajie, China ini berada pada ketinggian 4,700 kaki dari aras laut. Jambatan ini mempunyai jarak sejauh 200 kaki.

Bagi BKM, skywalk ini sangat menyeramkan disebabkan ketinggiannya di samping jambatannya seolah-olah tergantung. Kalau ditiup angin, mau terus berpaut BKM dekat talinya.

Amacam? Rasa berani untuk melalui laluan skywalk ini? Kalau ya, masukkan tempat ini sebagai tempat yang wajib anda pergi ya lepas ni.

Artikel berkaitan:
Dari Bangsal Terbiar Menjadi Lokasi Paling Instagrammable Di Australia
Cameron Highlands Kini Miliki Penginapan Berkonsep ‘Treehouse’

Leave a Reply

Your email address will not be published.