Biasalah, tempat yang rare ni jarang manusia terokai sebab bukan semua berani untuk challenge diri sampai ke tahap itu.
Tapi ada je orang yang level keberanian dia tu sampai tak masuk dek akal! Jangan terkejut la dengan orang macam ni.
So untuk korang yang betul-betul berani, korang boleh try pergi kat satu pulau yang terletak di Brazil, iaitu pulau ular.
Pulau Ular ini pada luarnya merupakan satu pulau yang indah. Dengan cuaca tropika, hutan hujan yang masih terjaga, pantai yang besar dan bersih.
Ia dikenali sebagai Ilha da Queimada Grande oleh penduduk tempatan itu kerana dipenuhi dengan ribuan ular. Sebelum korang masukkan tempat ini di dalam senarai ‘bucket list’ wajib pergi, ini dia senarai 11 perkara menarik mengenai pulau menyeramkan ini.
1. Terdapat ribuan ekor bilangan ular
Dianggarkan terdapat lebih daripada 2,000 hingga 4,000 ular jenis Golden Lancehead di pulau itu. Ular jenis itu antara ular yang paling berbahaya di dunia. Bilangan ini hanyalah untuk satu jenis ular sahaja, bayangkan berapa banyak lagi bilangan ular mengikut spesis mereka
2. Hanya satu jam sahaja untuk bertahan
Kalau korang masih memilih pulau ini untuk ‘makan angin’, ingat satu fakta ini, jika korang dipatuk oleh ular dari pulau ini, terutamanya jenis Golden Lancehead, korang hanya punya satu jam sahaja untuk hidup. Dan, tempat terdekat untuk dapatkan rawatan ialah sekitar 90km dengan menggunakan bot laju dan itu bukan kiraan untuk ke hospital lagi.
3. Manusia pernah tinggal di pulau ini
Pulau ini bukanlah hak milik asal semua ular-ular ini sebaliknya ia pernah didiami oleh manusia. Namun sekitar tahun 1900-an, keluarga terakhir yang kini menjadi lagenda ialah keluarga kepada penjaga rumah api. Diceritakan bahawa ular masuk ke dalam rumah dari celahan tingkap dan itu adalah kali terakhir yang dikatakan manusia pernah tinggal di sana.
4. Tempat carian utama bisa-bisa berbahaya di dunia
Golden Lancehead merupakan ular yang hanya hidup di pulau itu. Terlalu jarang ia dijumpai di mana-mana tempat lain. Begitu juga mana-mana ular berbisa yang lain. Jadi jangan risau, kalau korang tidak ke pulau itu, korang tidak akan mati dipatuk oleh ular berbisa lain sekitar Brazil.
5. Ular di sana lebih panjang berbanding di tempat lain
Golden Lancehead hanya boleh membesar sepanjang setengah meter sahaja, namun di pulau itu, ular membesar sehingga seakan tidak normal. Ular di pulau itu mempunyai kepanjangan lebih dari 10 meter.
6. Pulau ular terjadi disebabkan oleh lanun
Lagenda menyatakan bahawa lambakan ular-ular itu adalah disebabkan oleh lanun. Menurut Business Insider, lanun yang melalui keliling pulau itu menjadikan pulau ular sebagai tempat untuk mereka menanam harta rompakan milik mereka dahulu. Apa yang menjadikan tempat itu selamat tanpa sesiapa pun yang boleh mengambilnya? Ya, mereka meletakkan ular untuk ‘menjaga’ harta mereka.
7. Semua ular di pulau itu tidak boleh berenang
Bisa-bisa ular di pulau itu hampir lima kali ganda lebih bahaya dari bisa ular di tempat lain. Begitu juga dengan spesis ular yang sama, di tempat lain, mereka boleh berenang, namun yang tinggal di pulau ular, kesemuanya tidak boleh berenang.
8. Wajib datang bersama dengan doktor
Jika korang masih lagi mempunyai keinginan untuk datang ke pulau itu, diwajibkan membawa seorang doktor dari Brazil untuk menjaga korang. Kerajaan Brazil mengambil langkah ini dengan tujuan supaya korang tidak mati jika dipatuk.
9. Ular dari pulau ini dijual dengan harga yang mahal
Apabila terdapat sesuatu yang pelik, akan ada juga manusia pelik yang meminatnya. Ini juga yang terjadi di pulau ini. Ular yang datang dari pulau ini sangat mahal dan dijual di pasaran gelap. Harga yang mahal dan permintaan yang tinggi, ramai penyeludup datang memerangkap ular dan menjualnya di pasaran gelap.
10. Lagi sejarah yang ditinggalkan
Sejarah pertama ialah mengenai pasangan terakhir yang tinggal di rumah api, dan sejarah kedua ialah mengenai seorang nelayan yang miskin dan berkeliaran di laut. Dia yang tidak dapat ikan pada hari itu, pergi ke pulau ular untuk mencari sesuatu yang boleh dimakan.
Selepas sampai, dia menjumpai setandan pisang. Namun, ketika dia mengambilnya, ular yang ada di atas pokok menggigit tangannya. Ketika dia cuba melarikan diri, dia dipatuk dengan banyak kali, sehingga dia sampai ke perahu, dia sudah mati.
11. Perlu keizinan tentera laut
Jika korang masih berminat untuk bercuti ke sana, perlulah meminta kebenaran tentera laut pula. Hal ini kerana penduduk tempatan akan menolak untuk menghantar korang ke pulau itu. Jadi mahu tidak mahu, atas budi bicara dan keizinan tentera laut yang membolehkan korang sampai ke pulau ular.
korang mungkin minat baca:
Malaysia pun ada floating market!
AS cadang ‘hantar malaikat maut’ halang penduduk keluar rumah