Tangan gergasi muncul dari bawah tanah… ini tempatnya

0 Comments

Kalau korang suka something yang rare, Cik Gaya ada idea untuk korang lawati. Jarang orang pergi, so bagus untuk korang kalau nak explore. 

Ni antara tempat-tempatnya: 

The Giant’s Causeway, Northern Ireland

https://media3.picsearch.com/is?iDblPJDBvuubgmZTfRs_t4L-wvjY4fumKVL4sk4qe74&height=228

Tempat ni terjadi selepas gunung berapi meletus 60 juta tahun lalu di mana sejumlah besar lava cair yang kemudian mengeras dan menguncup ketika ia menyejuk, lalu mewujudkan bongkah-bongkah yang dapat dilihat hari ini.

Terdapat kira-kira 37,000 tiang poligon yang di wartakan sebagai Tapak Warisan Dunia ini, begitu sempurna secara geometri.

Socotra Island, Yemen

https://media5.picsearch.com/is?usf7vA_cGZzkGTiQagxzARfI7NHiXWWlLdBQhPFQD3I&height=255

Tempat ni akan mengingatkan kita pada satu filem alien sci-fi kerana urat pokok ni sama urat alien dalam cerita tu!

Terpisah dari daratan Afrika lebih dari 6 juta tahun lalu, pulau terpencil ini, mempunyai keunikan tersendiri kerana ia tidak terdapat di tempat lain dalam dunia ni… terutamanya pokok darah naga yang berpintal dan pokok botol yang bulat.

Hand in the Desert, Chile

https://media4.picsearch.com/is?7wwfCH43neG6ZMFv9TTSZ3JY99nqpYe2175jcSzhq9I&height=255
digital journal

Korang akan jumpa satu tangan gergasi muncul keluar dari tanah berada di tengah gurun Atacama Chile 46 batu di selatan bandar Antofagasta iaitu Irarrázabal.

Sebenarnya ia adalah hasil seni artis pengukir Chile Mario Irarrázabal, bertanggungjawab atas karya seni yang sangat pelik ini.

Ia dilihat seperti muncul di atas pasir di tengah gurun Atacama Chile, 46 batu di selatan terkenal dengan karya-karyanya yang berkaitan dengan penderitaan manusia yg ditindas oleh rejim ketenteraan di Chile.

Chocolate Hills of Bohol Island, the Philippines

https://media3.picsearch.com/is?r-Lj7CivLpVXC0scMo6V3qPbwMXWvh2EaTVl4j2WlA0&height=182
travel.spotcoolstuff

Nama macam boleh makan je bukit ihiks!. Bukit ni teletak di Pulau Bohol Filipina dan terdapat sebanyak 1700 bongkah bukit di sana.

Ukuran tinggi bukit di sini biasa je sehingga mereka keliru menganggapkan buatan manusia. Namun, menurut UNESCO, ini adalah peningkatan karang dan akibat hakisan air hujan. Bukit hanya mendapat nama panggilan ‘coklat’ mereka pada musim kemarau apabila dedaunan berubah dari hijau subur hingga coklat.

Plain of Jars, Laos

https://www.retireearlylifestyle.com/jars4.jpg
Retireearlylifestyle

Pelbagai versi cerita korang akan dengar tentang tempat ni. Ada kata balang yang wujud di seluruh Wilayah Xieng Khouang digunakan untuk upacara pengebumian kuno. Ada juga yang kata balang itu digunakan untuk membuat wain beras untuk raksasa. 

Sebenanrya, pada 1960an Utara Laos mengalami pengeboman udara besar-besaran oleh AS.

Baru-baru ini beberapa kawasan telah dibersihkan dan dinyatakan selamat untuk pengunjung so kita semua boleh pergi berkunjung ke sana!

korang mungkin minat baca:
AS cadang ‘hantar malaikat maut’ halang penduduk keluar rumah
Malaysia pun ada floating market!

Leave a Reply

Your email address will not be published.