Ladang Teh Boh Sungai Palas Antara Ladang Teh Tercantik Di Asia Tenggara

0 Comments

Kita biasa pergi ke Cameron Highlands, tapi korang tahu tak di sana terdapat satu lokasi yang tercantik di Asia Tenggara. Mesti korang bangga kan? 

Lokasi tersebut adalah Ladang Teh Boh Sungai Palas yang dimiliki dan diuruskan oleh syarikat teh terbesar Malaysia. Boh Tea Sungai Palas adalah ladang teh yang terletak di Brinchang kira-kira 5 km ke utara dari bandar atau 2km dari Kea Farm.

Di sini korang bukan sahaja boleh melihat pemandangan menakjubkan tetapi juga boleh menikmati teh Boh di kafe yang berada sini. 

Pelancong juga boleh melawat galeri yang mempamerkan sejarah pencapaian dan usaha amal Boh melalui poster yang digantung dari siling dan dinding.
Lawatan kilang juga boleh dilakukan disini. Kilang ini akan mengisar dan memproses daun teh yang dikumpulkan setiap hari dari ladang di sekeliling yang kemudiannya akan disusun untuk dirasa dan digredkan di makmal kilang ini.

Di sepanjang jalan kesini, korang dapat menikmati pemandangan indah ladang teh yang sangat luas. Diingatkan bahawa ia dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang namun Sungai Palas ditutup setiap hari Isnin.

Pastikan korang bersedia terlebih dahulu sebelum datang ke ladang teh ini, kerana jalan di sini adalah berliku-liku dan sempit. Tu belum masuk lagi dengan kesesakan orang ramai yang mampu membuatkan korang agak pening. 

Jadi pastikan meter kesabaran korang penuh sebelum datang kesini!

korang mungkin minat baca:
AS cadang ‘hantar malaikat maut’ halang penduduk keluar rumah
Malaysia pun ada floating market!

Leave a Reply

Your email address will not be published.