Selipar dan topeng muka antara koleksi pameran muzium London

0 Comments

Sekarang memang kita semua masih lagi dalam tempoh kuarantin, tak boleh fly pergi ke mana-mana.

Tapi lepas PKP ni ada tempat menarik yang korang boleh pergi iaitu Muzium of London. 

Kenapa? 

Sebab terdapat satu inisiatif baru sudahpun dilaksanakan beberapa muzium di dunia dalam memperingati kehidupan dan pengalaman rakyat berdepan perintah berkurung.

Muzium London, antaranya, melancarkan permohonan kepada semua penduduk London untuk menyumbang pelbagai barangan yang mencerminkan kehidupan mereka ketika berdepan ancaman wabak COVID-19.

Antara barangan yang diterima, termasuklah selipar dan topeng muka buatan sendiri. 

“Apabila kami mengetahui bahawa terdapat pelaksanaan perintah berkurung, kami mula berfikir untuk mula membuat koleksi pameran untuk kegunaan masa hadapan.

“Ia boleh terdiri daripada apa-apa barangan yang mungkin pernah memberi keselesaan kepada anda sepanjang berkurung di rumah… contohnya selipar kegemaran atau topeng muka dijahit khas buat kegunaan petugas barisan hadapan,” lapor Kurator Kanan Muzium London, Beatrice Behlen kepada agensi berita AFP.

Selain daripada barangan tersebut, bekas jem buatan sendiri dan alat muzik mudah alih yang sering digunakan untuk bertepuk tangan juga turut disumbangkan orang ramai kepada pihak muzium. 

“Sisi menarik yang kami lihat adalah kisah di sebaliknya, bukan peralatan itu sendiri.

“Barang tersebut adalah barang yang memberi makna kepada individu berkenaan dan kami ingin mereka berkongsikan tentangnya kepada orang lain,” katanya lagi.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.