Kampung Boy merupakan antara siri animasi yang terkenal satu ketika dahulu. Sebelum diadaptasi kepada sebuah siri animasi, ia hanyalah sebuah komik.
Kalau korang masih tak tahu, Kampung Boy adalah kisah hidup kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat. Rupa-rupanya rumah ikonik dalam komik sebenarnya wujud dan terletak di Batu Gajah, Perak.
Malangnya, rumah tersebut sudah tiada lagi tetapi rumah yang sama sedang dibina semula di sebuah kampung tidak jauh dari tempat Lat membesar.
Korang akan dapat lihat kehidupan dan gambaran kehidupan Lat ketika kecil di rumah tersebut apabila Rumah Lat dan Galeri dibuka hujung tahun ini.
Menariknya, pengunjung dapat mengimbau kenangan masa lalu di mana rumah tersebut akan lengkap dengan perabot yang kebanyakannya dari era sebelum Perang Dunia Kedua.
Malah, ia termasuk meja solek, meja makan, kerusi, cermin dan rak almari asal milik keluarga Lat yang digunakan untuk menyimpan rekod ketika usianya 19 tahun.
Selain itu, pengunjung juga dapat melihat karya Lat selama 4 dekad sejak tahun 1964 dan ini adalah lokasi pilihan buat yang suka hasil kerja Lat.
Sepatutnya rumah itu akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada bulan Julai tetapi disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19 ketika ini menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan sehingga hujung 2020.
So ni pun antara tempat korang boleh serbu gais!
Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju