Nak bersuka ria boleh di tempat ni, tapi ada syarat yang korang perlu patuhi kalau datang sini.
Iaitu di Taman Tema di Jepun yang melarang pengunjungnya menjerit ketika menaiki roller coaster.
Ia bertujuan menjaga jarak sosial di rumah hantu dan tidak dibenarkan “high five” dengan adiwira.
Antara saranan dikeluarkan pengunjung perlu sentiasa memakai topeng dan tidak menjerit terlalu kuat ketika menaiki roller coaster atau mana-mana permainan.
Malah, “jembalang” yang bertugas di rumah hantu juga perlu memastikan jarak selamat dengan mangsa mereka.
Kakitangan taman tema termasuk mereka yang mengenakan kostum maskot haiwan atau adiwira tidak boleh bersalam atau memberikan “high five” kepada pengunjung kanak-kanak selain memastikan jarak selamat sesama mereka.
Adiwira yang “berlawan” dengan musuh juga perlu mengelakkan mencetuskan situasi yang memerlukan pengunjung menjerit untuk menghalang titisan tersebar di udara.
Panduan itu turut menjelaskan permainan realiti maya tidak boleh dibuka kecuali cermin mata khas yang digunakan disanitasi sepenuhnya.
Pengendali taman tema itu berkata, panduan berkenaan tidak boleh menghalang kes jangkitan Covid-19 tidak berlaku sepenuhnya, namun ia dijangka mengurangkan risiko.
Bagaimanapun Disneyland Tokyo dan Universal Studios Japan di Osaka ditutup sehingga kini dan belum ada tarikh ditetapkan beroperasi semula.
Okay, hadam dulu cerita ni, lepas PKP korang boleh tengok sama ada mereka masih gunakan cara yang sama untuk kekalkan keselamatan atau korang boleh have fun dan jerit dengan bebas!
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak