Di mana port baik kalau holiday di Langkawi?

0 Comments

Langkawi antara destinasi yang selalu jadi tumpuan orang ramai. Termasuklah kita yang orang local ni pun kan? Sebab kalau korang pandai, naik flight pun boleh dapat harga RM70 bagi sehala. 

Kalau dari KL, penerbangan akan mengambil masa 55 minit je, jimat kan? So sampai je korang boleh start dengan aktiviti yang nak dilakukan.

So ia dikira sebagai destinasi bajet yang tak memerlukan belanja besar. So ini antara tempat yang korang boleh pergi di Langkawi nanti! 

Penginapan

Di Langkawi korang boleh stay dekat T Star Cottage, selesa dan harganya berpatutan… RM165 semalam. So kalau pergi dgn member, korang boleh pakat share. 

T Star Cottage

Kereta Sewa

Sini memang banyak kemudahan yang korang boleh gunakan, so jangan risau tentang pengangkutan, sini kalau korang sewa kereta Nissan Almera pun, 4 hari hanya RM220 sahaja. 

So kalau pergi dengan member 4 orang sorang jatuh RM55 je. Okay ke tak? Hehe 

Dataran Helang

Dataran Helang

Ini antara tempat yang orang akan pergi, sebab dekat sini lah kira jadi signature of Langkawi, Nampak biasa dan tak ada apa-apa, tapi korang boleh simpan memori dekat sini! 

Island Hopping

Jeti Teluk Baru

Aktiviti Island Hopping bermula dari sini untuk ke Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah.

Pulau Dayang Bunting

Destinasi pertama Island Hopping ialah Pulau Dayang Bunting. Perjalanan menaiki bot dari Jeti Teluk Baru memakan masa lebih kurang 25 minit.

Dayang Bunting Marble Geoforest Park

Paling menarik di pulau ini ialah terdapat tasik air tawar di tengah-tengah pulau.

Panorama Tasik Dayang Bunting

Panorama Tasik Dayang Bunting

Paddle boat di Tasik Dayang Bunting
Suasana Tasik Dayang Bunting

Pulau Beras Basah

Perjalanan seterusnya ke Pulau Beras Basah dan korang boleh luangkan masa selama satu jam di sini.

Pulau Beras Basah

Pulau Beras Basah, Langkawi

Pulau Beras Basah

Oriental Village

Oriental Village

Terdapat pelbagai kemudahan di sini yang menarik pengunjung terutama sekali menaiki SkyCab ke puncak Gunung Mat Cincang dan Muzium Seni 3D.

Tarikan utama di Oriental Village ialah:

  • SkyCab
  • SkyDome
  • SkyAdventure Park
  • SkyBoutique
  • 3D Art Museum
  • F1 Simulator
  • 6D Cinemotion
  • GeoPark Hotel
  • Chocohouz
  • Galeri Produk Langkawi

Gunung Mat Cincang

Gunung Mat Cincang yang mempunyai ketinggian 713 meter merupakan salah satu daripada tarikan utama di Langkawi. Apabila berada di puncak anda dapat menyaksikan pemandangan pulau-pulau yang berada di sekitar Langkawi dan di sini telah dibina Kereta Kabel Langkawi atau lebih dikenali sebagai SkyCab.

Menunggu SkyCab
Gondola SkyCab

Inilah gondola biasa yang berharga cuma RM20 seorang, terdapat dua jenis lagi gondola iaitu bottom glass dan vip

Pemandangan dari SkyCab
SkyCab
Teluk Burau

Telaga Tujuh

Air Terjun Telaga Tujuh lokasinya tidak jauh dengan Oriental Village, jadi selepas keluar dari Oriental Village elok sangatlah terus ke sini. Tak lah korang buang masa untuk datang ke sini melalui jalan yang sama berulang kali.

Air terjun Telaga Tujuh

Mangrove Tour

Aktiviti Mangrove Tour

Mangrove Tour memakan masa selama 5 jam yang terdiri daripada aktiviti-aktiviti berikut:

  • Melalui hutan paya bakau
  • Gua Buaya
  • Gua Kelawar
  • Floating Fish Farm
  • Melihat pemandangan Kilim Geoforest Park
Mangrove Tour
Mangrove Tour
Mangrove Tour
Mangrove Tour

Diingatkan, jangan bawa makanan ketika berada di Gua Kelawar kerana terdapat banyak monyet.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.