Jom singgah ke Kampung Perancis, dalam Malaysia je!

0 Comments

Bukit Tinggi Bentong Pahang ialah tempat peranginan tanah tinggi yang popular di Malaysia. 

Salah satu tarikan utama tempat ini mestilah konsep dan design yang memang cantik, ditambah pula dengan cuaca yang sejuk.  

Ada beberapa tempat menarik di Bukit Tinggi yang unik boleh dikunjungi. 

  • Perkampungan bertemakan Perancis
  • Japanese Village
  • Restoran makanan antarabangsa yang menarik
  • Penginapan yang sangat menarik
Colmar Tropical Berjaya Hills bertemakan Perancis.

Bagaimana untuk ke Bukit Tinggi?

Dari Kuala Lumpur, ambil Lebuhraya Karak ke Kuantan. Lepas Kawasan Rehat Genting Sempah akan ada persimpangan ke Bukit Tinggi.

Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti keretapi, bas dan teksi untuk ke sini. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan pengangkutan awam:

  • Boleh menaiki bas di Berjaya Times Square ke Bukit Tinggi dengan perjalanan sekitar 45 minit sahaja.
  • Boleh menaiki teksi dari Kuala Lumpur terus ke Bukit Tinggi.

Tempat menarik di Bukit Tinggi

Tempat menarik di Bukit Tinggi Pahang ini sebenarnya ialah fasiliti, aktiviti dan tempat rekreasi yang disediakan oleh Berjaya Hills Resort. Ia dibuka kepada umum walaupun tidak menginap di hotel berkenaan. Bagi pengunjung yang ingin bercuti ke Bukit Tinggi dan yang sekadar ingin melawat, berikut adalah antara apa yang ada di sana.

Harga tiket masuk:
Dewasa: RM13
Kanak-kanak: RM8

Colmar Tropicale Berjaya Hills

Colmar Tropicale Berjaya Hills ialah hotel penginapan di Bukit Tinggi Pahang. Ia adalah hotel yang unik kerana dibina bertemakan perkampungan Perancis. Suasana di Colmar Tropicale Berjaya Hills membuatkan anda seolah-olah berada di luar negara. 

Tidak hairanlah tempat menarik di Bukit Tinggi ini menjadi destinasi yang paling mendapat tumpuan pelancong.

Walaupun tidak menginap di sini, pengunjung boleh melawat, menjamu selera, mengikuti aktiviti dan persembahan serta bergambar di lokasi menarik sebagai kenang-kenangan. 

Antara yang menarik di sini ialah:

Stage Performance iaitu persembahan pelbagai jenis tarian termasuk tarian Perancis. Waktu persembahan adalah seperti berikut:
Selasa, Rabu, Khamis dan Ahad: 12.00 pm, 4.00 pm, 9.30 pm.
Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum: 12.00 pm, 3.30 pm, 7.30 pm, 10.00 pm.

Menjamu selera di restoran yang sangat menarik.

  • La Cigogne – Menyediakan hidangan tradisional Perancis
  • Le Blason – Menyajikan makan Malaysia dan antarabangsa
  • La Flamme – Menyediakan makanan Itali seperti pasta, pizza dan lain-lain
  • Le Poulet Roti – Menu utama adalah ayam panggang dengan beberapa menu sampingan
  • La Boulangerie – Restoran Perancis yang menyajikan berbagai menu roti dan minuman panas
  • L’Orient – Restoran yang menyajikan makanan Asia

Tempat ini dibangunkan mengikut rekabentuk bangunan, susun-atur dan suasana perkampungan sebenar di Perancis. Pemandangan unik ini pasti mengagumkan hati sesiapa sahaja yang pertama kali berkunjung ke Colmar Tropicale Berjaya Hills ini.

Colmar Tropical Berjaya Hills.

Japanese Village

Japanese Village ialah salah satu tempat menarik di Bukit Tinggi yang harus dikunjungi. Ia berkonsepkan perkampungan Jepun dan merupakan yang pertama dan satu-satunya yang ada di luar negara Jepun. Pengunjung boleh mempelajari kebudayaan Jepun, cara berpakaian, adat minum teh dan lain-lain lagi. Antara yang terdapat di dalam Japanese Village ini adalah:

  • Japanese Garden
  • Japanese Tea House
  • Tatami Spa
  • Ume Tatami Suite
  • Souvenir Shop
  • Botanical Garden
  • Ryo Zan Tei Restaurant

Harga:
Sewa Kimono: RM20

Animal Park

Animal Park ini ialah sebuah taman mini yang menempatkan lebih 200 ekor arnab dari berbagai jenis dan beberapa haiwan lain seperti rusa, burung merak dan juga keldai. Pengunjung berpeluang bermain dengan arnab dan rusa yang jinak serta menunggang keldai.

Harga:
Tiket masuk untuk seorang: RM3
Harga makanan arnab: RM3

Horse Trails

Jika anda minat untuk menunggang kuda, kunjungi Horse Trails di Bukit Tinggi ini. Terdapat beberapa pakej menarik menunggang kuda yang boleh anda pilih. Bagi anda yang tidak berpengalaman juga boleh mencuba kerana terdapat jurulatih berpengalaman disediakan.

Harga:
Lead in Ride: RM30 untuk 10 minit
Riding Lesson: RM80 untuk 30 minit
Trail Ride: RM180 untuk 90 minit

Horse Trails Bukit Tinggi Bentong Pahang.
Colmar Tropical Berjaya Hills Resort Pahang.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.