Jom Day Trip Ke Kuala Langat!

0 Comments

Well, sebenarnya Kuala Langat tak lah sendu mana macam ada orang fikirkan sebab banyak je tempat yang korang boleh dtg untuk kunjungi.

tapi kalau korang tak tahu mana destinasi best dekat Kuala Langat ni, jom survey kat sini.

1.   Istana Bandar Trail

photo_2020-06-09_13-07-54

Jika sebut Klang, mesti ramai yang akan kata Bandar DiRaja kerana pentadbiran kesultanan berpusat di Klang. Akan tetapi, bagi yang mempelajari sejarah negeri Selangor pasti tahu bahawa pusat pentadbiran Kerajaan Selangor pernah berada di Kuala Langat.

Istana Bandar dibina Sultan Selangor kelima iaitu Sultan Ala’eddin Suleiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Musa selepas kemangkatan nenda baginda, Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah pada tahun 1898.

photo_2020-06-09_13-07-47

2.   Bukit Jugra

Tidak dapat dinafikan, Bukit Jugra adalah antara tarikan yang terkenal di Kuala Langat. Mengambil masa sekitar 1 jam pendakian, setiap tempat di kawasan ini sangat berbaloi untuk dilawati.

Anda dapat menikmati keindahan Kuala Langat dan melihat pertemuan laut dari atas bukit. Malah, terdapat juga rumah api di atas bukit yang berfungsi sebagai balai cerap untuk melihat anak bulan.

Bagi anda yang suka melakukan aktiviti mencabar, anda boleh menempah sesi paragliding yang mengambil masa selama 10 minit. Selepas penat mendaki, anda boleh beli minuman dan buah-buahan segar di kaki bukit.

3.   Pantai Morib

photo_2020-06-09_13-07-41

Tidak perlu pergi jauh kerana anda boleh berjalan-jalan dan nikmati deruan ombah pantai dengan tenang di Pantai Morib. Sesuailah yang berada di ibu kota untuk tenangkan fikiran di sini! Malah, anda juga boleh menyaksikan pemandangan matahari terbenam bersama tersayang untuk wujudkan suasana romantik.

Sebilangan besar pengunjung singgah ke pantai ini semata-mata untuk menikmati pemandangan pantai yang indah dan menghirup udaranya yang segar pasti buatkan anda berasa selesa.

Sudah namanya pantai, tidak lengkap tidak menikmati makanan laut segar. Betul tak? Jangan risau kerana terdapat medan selera berhampiran yang menawarkan seleksi menu Ikan Bakar dan Sotong Goreng Tepung yang sangat enak. Nikmati makanan laut segar sambil nikmati matahari terbenam, memang terbaik!

4.   Perkampungan Kebudayaan Mah Meri

Tahukah anda ada berapa suku-kaum orang Asal di Malaysia? Untuk pengetahuan anda, di Kuala Langat juga terdapat Perkampungan Kebudayaan Mah Meri. Anda berpeluang melihat dan merasai sendiri kehidupan sebenar suku-kaum Mah Meri serta aktiviti-aktiviti mereka dengan menyertai pakej lawatan yang ditawarkan.

Ketika anda berada di sini, jangan lupa untuk kunjungi bengkel Mah Meri untuk menimba ilmu mengenai seni kraf tangan yang tentunya memberikan pengalaman lawatan yang lebih mengujakan.

5.   Kerepek House

IMG_0910

Setiap kali Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba, pastinya kerepek house yang terletak di Kanchong Darat akan dibanjiri dengan pengunjung termasuk penduduk di sekitar dan orang luar.

Untuk pengetahuan anda, Kampung Kanchong Darat merupakan ‘syurga’ kerepek kerana banyak kerepek house di sana seperti Ros Kerepek, Kerepek Fazz dan banyak lagi.  Difahamkan, ramai juga yang mengambil stok kerepek di sini.

Buat anda yang suka makan kerepek, bolehlah membeli atau memborong aneka kerepek di kerepek house yang ada. Kami cukup bertuah kerana dapat melihat cara kerepek dibuat, bukanlah mudah untuk sediakan kerepek kegemaran ramai ini.

Kredit gambar utama: Mai Singgah 

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.