Korang boleh pusing 1 bandar Jeju hanya guna bas! Jimat gais

0 Comments

Korea ni memang tempat menarik, well orang muda suka pergi negara ni kan? 

Dan kalau korang plan untuk bercuti ke Jeju, make sure korang buat research siap-siap kerana dekat tempat ni, korang boleh berjalan menggunakan bas sahaja! 

So ini dia caranya: 

1.   Membeli T-Money untuk menaiki bas

T-Money adalah kad kredit yang korang boleh topup di kedai convenience GS25, 7-Eleven atau mana-mana convenience store yang berdekatan. Sekiranya, anda membayar cash untuk membeli tiket, harga tiket akan lebih mahal sebanyak 50 Won.

Kalau nak menaiki bas perlu “punch” kad T-Money begitu juga apabila hendak turun. Jika anda menaiki bas selama 30 minit, bas seterusnya adalah percuma.

Bila “punch” T-Money di meter bas, akan tunjuk baki dalam kad juga. Korang boleh naik 2 orang guna satu T-Money. Cakap atau tunjuk sign 2 orang, jadi pemandu bas akan tukar caj tiket bas di meter dia, barulah kita tap T-Money tu.

2.   Lihat ‘display digital’ di hentian bas

Segala maklumat untuk melihat lokasi atau pergerakan bas dapat diperolehi dalam display digital. Mungkin anda akan mengambil masa selama 20 minit untuk menunggu bas.

3.   Pastikan korang ada telefon bimbit dan internet

Anda boleh dapatkan wifi dengan “group” sewa pocket Wifi di Airport dengan kos 3300 Won sehari. Jadi bila sampai ke stesen bas tu, barulah guna google map untuk key in destinasi nak pergi dan lokasi asal. Google map akan tunjukkan bas apa kena naik dengan stop mana nak turun. Atau tempat mana nak transit. Perlu double check no. bas kat google map dengan senarai bas di bas stop.

4.   Kos menaiki bas

Terdapat tiga jenis bas yang berbeza kos bayar tambang. Antara jenis bas adalah bas local, bas intercity dan bas limosine. Berikut adalah kos untuk tiga jenis bas:

Bas untuk lokal – 1150 Won (banyak stop dan ramai lokal yang naik)

Bas intercity – 2000 Won (lebih laju dan stop kurang)

Bas limosine ke airport – 5500 Won (Mahal tapi sangat selesa)

5.   Pilih penginapan yang berdekatan dengan hentian bas

Anda boleh pilih untuk menginap di Seogwipo dan Jeju City kerana kawasannya yang agak berdekatan dengan hentian bas.

Anggaran kos transport bas tidak lebih dari RM50 untuk pusing satu satu bandar Jeju. Rugi jika anda tidak ke Jeju kerana wang yang dihabiskan amat berbaloi.

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.