Jom travel ke negeri Jelapang Padi!

0 Comments

Ada plan nak ke negeri jelapang padi? Banyak tempat korang boleh jalan dan cuci mata sebenarnya di sini. 

Sama ada korang tahu dengan tidak je, so jom tengok list menarik yang boleh korang melawat once sampai di sini. 

Tasik Pedu Padang Terap

Pedu adalah tasik buatan manusia yang megah dengan limpahan khazanah semulajadi bukan hanya flora dan fauna, tetapi juga suasana yang tidak tercemar membuatkan langitnya kelihatan sangat bercahaya pada waktu malam hingga menjadi ‘syurga’ bagi jurugambar mengambil gambar bintang galaksi Bima Sakti. 

Siap pada tahun 1969 di kawasan seluas kira-kira 75km, ia memang merupakan syurga untuk aktiviti di tasik dan eko-pelancongan seperti berkhemah, birding, mendaki, berkayak, berperahu, berenang atau hanya bersantai di tempat tidur gantung sambil layan angin tasik bertiup.

Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu

Tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam sememangnya cukup terkenal kerana ia merupakan kawasan bebas cukai di Malaysia dan sempadan Thailand.

Sudah pastilah harganya juga berpatutan dan lebih murah daripada biasa. Bukit Kayu Hitam ini terletak dalam daerah Kubang Pasu, Kedah dan wajib anda singgah jika datang ke sini.

Tempat ini pada asalnya merupakan sebuah ladang getah dan kemudian pada tahun 1981, Bukit Kayu Hitam telah dibangunkan dan dijadikan pintu masuk yang amat terkenal antara 2 negara iaitu Malaysia dan Thailand.

Crocodile Adventureland Langkawi

Ini merupakan tempat yang wajib untuk anda bercuti sekiranya anda merupakan orang Kedah sejati!

Ini kerana mereka menawarkan tiket berharga hanya RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bagi mengunjungi taman buaya tersebut, mulai 1 Julai 2020.

Amd Resort & Camp Perik

Jika anda inginkan percutian yang tenang sambil layan makan durian di ladangnya, anda kena cuba menginap di sini.

Resort ini terletak di Kuala Nerang Kedah dan ia dikelilingi dusun durian yang luas serta sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tasik Darul Aman

Tasik Darulaman ialah sebuah pulau di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia yang terletak kira-kira 1 kilometer dari pekan Bandar Darulaman, Jitra dan bersebelahan Darul Aman Golf Resort sangat terkenal di kalangan penduduk setempat untuk beriadah dan bersiar-siar.

Antara tarikan pengunjung ke sini ialah air pancut setinggi 96 meter yang dikategorikan sebagai ke-3 tertinggi di Asia.

Masjid Zahir

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Ia terletak di persimpangan Jalan Kampung Perak dan Jalan Pekan Melayu.

Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar bertentangan dengan Balai Besar.

Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid DiRaja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.