Rupanya Ada Kereta Api Mewah Klasik ‘Hogwarts’ Lalu Malaysia

0 Comments

Pernah tak korang pasang impian nak bercuti keliling beberapa negara dengan pasangan atau orang tersayang dengan menaiki kereta api mewah yang klasik ala-ala filem Hollywood lama? Mesti seronok, kan feel dia…

Dan korang tahu tak sebenarnya perkhidmatan kereta api klasik mewah sebegitu sememangnya ada beroperasi di Asia Tenggara ni dan bestnya ia juga melalui negara kita tau!

Nak tahu apa nama kereta api tersebut dan keistimewaannya, jom kita ikuti thread di Twitter pemilik akaun Akram Haruka ini.

Korang tahu tak ada train yang direct dari Singapore terus ke Bangkok, Thailand melalui Kuala Lumpur?

Ya, ada namanya EASTERN & ORIENTAL EXPRESS dengan perjalanan 3 hari 2 malam di dalam tren. Tapi tren ni hanya mempunyai kekerapan 2-4 kali sebulan sahaja.

Tren ini fully air-conditioned dgn fasiliti 5 bintang! Tren ini adalah tempat larangan merokok kecuali boleh ke gerabak open air di gerabak belakang train.

Jangan terkejut harga tiket boleh mencapai RM34,320 ($7800) seorang sehala perjalanan tau! Tapi kenapa mahal sangat?

Jenis-jenis bilik

Pertama adalah cabin “Pullmans” di mana ia adalah kabin sebilik dan mempunyai katil bunk bed dan juga mempunyai bilik air! Harga tiket seorang $3600 atau RM15,480. 

Jika mahu lebih privasi untuk Solo traveller, anda boleh ambik bilik seorang untuk cabin “Pullman” dengan harga $5600 atau RM24,640 seorang.

Pilihan cabin kedua pulak ialah cabin “Staterooms” di mana saiznya ialah 2 kali ganda saiz cabin “Pullman” termasuk 2 single bedS dan ruang rehat bersofa serta meja makan. Harga tiket seorang ialah $5100 atau RM22,400.

Pilihan ketiga pula ialah cabin “Presidential Suite”. Cabin ini cuma ada dua di dalam train, Saiznya lebih besar sedikit berbanding cabin “Staterooms” juga mempunyai tempat rehat bersofa dan meja menghadap tingkap! Harga seorang di cabin ini ialah $7800 atau RM34,320.

Tapi apa lagi istimewa sangat sampai harga mahal gila ni?

Harga tersebut adalah TERMASUK makan di dalam tren!

The Eastern & Oriental Express mempunyai 3 gerabak dining-cars, mempunyai 1 meja makan berdua untuk lunch pada 12.00pm/2.00pm atau dinner pada 6.00pm/9.00pm.

Korang boleh book meja makan anda sendiri bila book ticket train ni tau! Makanan sahaja termasuk dalam harga tiket. Tetapi minuman lain seperti wine, anda perlu membayar $40 sebotol wine!

Yang uniknya hanya matawang US DOLLAR digunakan sepanjang perjalanan, Credit Card juga diterima.

Jenis gerabak terdapat di train ini, Gerabak “The observation” atau gerabak pemandangan, adalah gerabak open air dan anda boleh lihat pemandangan dan menghirup udara luar. Steward train juga akan menyediakan kopi untuk anda juga jika diminta.

Gerabak lain ialah “Observation car lounge” yang bertemakan minum petang di mana anda boleh berehat di sini dan menikmati kopi secara percuma.

Gerabak “Saloon car with reading room & boutique” pula mempunyai small private dining, dan kedai cenderamata Eastern & Oriental Express, meja bacaan dan perpustakaan kecil di dalam gerabak tersebut.

Jadual perjalanan

Jadual pulak macam mana? Okay untuk tahun 2020, jadual dia hanya seperti di bawah :

  • Singapore ke Bangkok (3 hari, 2 malam):
    18, 30 Januari; 8, 17, 26 Februari; 6, 15, 26 Mac; 3, 23 April; 6, 14, 29 September; 23 Oktober; 1, 10, 20, 29 November; 20, 29 Disember.
  • Bangkok to Singapore (4 hari, 3 malam):
    3, 12, 25 Januari; 12, 21 Februari; 1, 10, 21, 29 Mac; 7, 27 April; 9, 20 September; 5, 18, 27 Oktober; 5, 15, 24 November; 5, 24 Disember.

Tour pon include sekali tau!!

  • Northbound timetable: Singapore Woodlands Checkpoint depart 15:00 day 1, Kuala Lumpur historic station 01:00, Kuala Kangsar 08:00-10:15 day 2, River Kwai Bridge arrive 10:45 day 3, Kanchanaburi depart 12:00 day 3, Bangkok arrive 16:15 on day 3.
  • Southbound timetable: Bangkok depart 17:50 on day 1, River Kwai Bridge arrive 08:30 day 2, Kanchanaburi depart 11:00 day 2, Kuala Kangsar 13:45-16:20 day 3, Kuala Lumpur 22:30-00:15 day 3/4, Singapore Woodlands Checkpoint arrive 10:30 on day 4.

Kredit: Twitter Akram Haruka

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.