5 lokasi hiking yang korang takkan menyesal untuk mendaki

0 Comments

Ramai yang berpendapat bahawa mendaki memerlukan tenaga yang banyak. Tetapi sedarkah anda bahawa terdapat beberapa lokasi pendakian di Malaysia yang mudah malah menjanjikan pemandangan yang pasti memukau.

Jom tengok 5 lokasi pendakian yang pasti menjanjikan pemandangan yang menarik untuk anda yang bergelar beginner.

1.   Gunung Pulai, Johor

Kredit: Travelled Path

Gunung Pulai seringkali menjadi pilihan para pendaki yang baru berjinak-jinak dalam dunia pendakian. Di sini anda akan terpegun dengan keindahan sepanjang menuju ke puncak di mana anda akan disajikan dengan air terjun dan deruan sungai sepanjang perjalanan korang. 

2.   Bukit Panorama, Pahang

Kredit: Live Openly

Bagi korang yang suka melihat sunrise, Bukit Panorama adalah pilihan terbaik. Pendakian yang mengambil masa kurang dari sejam ini ada menyediakan kawasan rehat bagi yang ingin berehat sebentar sepanjang perjalanan. Untuk anda yang ingin melihat sunrise, sebaiknya korang memulakan pendakian seawal 5:30 pagi.

3.   Hutan Mossy, Pahang

Kredit: Travel Way

Suhu yang sejuk dan lembab di Cameron Highlands telah menghasilkan pembetukkan lumut sepanjang hutan. Menariknya di sini, anda dapat merasakan pengalaman pendakian yang cukup berbeza di mana korang dapat melihat kesuburan lumut yang menghijau dan kabus sepanjang pendakian.

4.   Gunung Baling, Kedah

Kredit: Says

Ada yang mengatakan bahawa Gunung Baling kelihatan seperti lokasi pemandangan di dalam filem Lord of the Rings. Sekiranya korang merupakan beginner, disarankan untuk pergi dengan pendaki yang berpengalaman kerana pada mula pendakian, laluan di sini agak curam. Tatapi percayalah, hasilnya nanti pasti memuaskan.

5.   Bukit Broga, Selangor

Untuk korang yang berada di Kuala Lumpur, Bukit Broga merupakan pilihan yang tepat untuk mendapatkan udara segar. Di sini para pendaki dijanjikan pemandangan yang subur menghijau. Bukit Broga juga merupakan pilihan pendaki yang ingin melihat sunrise.

Jadi untuk yang baru berjinak-jinak dalam pendakian dan mahu melihat pemandangan indah dari atas bukit, senarai di atas adalah pilihan yang tepat untuk korang. 

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.