Jom try roti Kahwin Kayu Arang di Sarawak!

0 Comments

Kalau korang bercuti ke Sarawak atau lebih tepat lagi berkunjung ke bandar Sarikei, jangan lupa untuk singgah mencuba hidangan popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar iaitu “roti kahwin” yang dibakar menggunakan arang kayu.

Bagi mencuba sendiri keenakan roti bakar yang menggunakan resepi rahsia tiga generasi keluarga ini, korang kena cari sebuah kopitiam bernama ‘Kedai Kopi Aik Seng’ yang terletak di Jalan Wharf.

Kedai ini yang sememangnya menjadi tumpuan masyarakat majmuk di Sarikei untuk menikmati hidangan lazat roti tersebut, telah beroperasi sejak 70 tahun lalu dan kini dikendalikan oleh generasi ketiga keluarga pengasasnya, Wong Ee Nong.

Jika singgah ke sini, pastikan korang memesan menu roti kahwin yang didatangkan dengan 3 variasi iaitu gabungan marjerin, kaya pandan dan mentega kacang.

Kalau nakkan pilihan yang berbeza sedikit, korang boleh juga menambah 2 lagi varian roti kahwin iaitu sardin dan keju!

Selain roti bakar, kedai kopi itu turut menawarkan menu lain seperti laksa Sarawak, nasi lemak dan mi kolok.

Dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 4 petang, kedai kopi itu turut mendapat perhatian tokoh pemimpin negeri, antaranya bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang sering dilihat menjamu selera di situ.

Ramai yang pernah mencuba roti bakar di situ pasti kembali semula untuk menikmatinya kerana merasakan roti yang dibakar menggunakan arang kayu lebih enak dan beraroma serta teksturnya yang lebih lembut juga tepat sekali jika dimakan bersama secawan kopi panas.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.