Tak payah pergi Maldives, dalam Malaysia pun ON!

0 Comments

Niat di hati nak pergi bercuti di Maldives bersama keluarga hujung tahun nanti, tapi malangnya hasrat tersebut terpaksa dibatalkan kerana penularan wabak yang melanda seluruh negara.

So ini tempat yang korang boleh pergi bercuti

Lexis Hibiscus Port Dickson 

Nikmati percutian ala Maldives di Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan. Hotel bertaraf lima bintang ini mempunyai tempat penginapan yang disusun atur mengikut bentuk bunga kebangsaan negara iaitu bunga raya.

Bagi yang ingin bercuti di sini, berapa pula harga yang dikenakan? Ini antara harga yang ditawarkan untuk percutian dua hari satu malam untuk kamu bermula dengan harga ini.

Lexis Hibiscus Reservations RM 880 

Perhatian: Meskipun tarikh penulis setkan pada 24-25 Disember 2020, harga mungkin bertukar mengikut situasi semasa akan datang dan juga pemilihan jenis bilik yang kamu pilih.

Serius Cantik Terapung Atas Air Dengan Bentuk Bunga Raya!

Motif Bunga Kebangsaan Negara
Kredit:Trivago
Bilik Penginapan Yang Selesa Dan Luas
Kredit: Trivago
Berenang Di Bilik Sambil Menikmati Pemandangan Laut
Nikmati Hidangan Lazat Sambil Cuci Mata Lihat Laut

Avani Sepang Goldcoast Resort

Avani Sepang Goldcoast Resort yang terletak di Bagan Lalang, Sungai Pelek Selangor ini, merupakan destinasi terbaik untuk kamu menikmati percutian ala Maldives di Selangor.

Bagi yang ingin bercuti di waktu Krismas nanti, ini antara harga penginapan yang dinyatakan menerusi Trivago yang bermula dengan harga RM439 untuk 1 malam. 

Menarik Bentuk Rekaan Resort Terapung Avani
Pemandangan Waktu Senja Yang Memukau Jiwa
Deretan Penginapan Untuk Di Pilih!

Gayana Marine Resort

Nikmati khazanah dasar laut di Gayana Marine Resort, di mana korang bukan saja dapat merehatkan diri dengan pemandangan alam. Malah kamu juga berpeluang melihat ekosistem yang dilindungi di laut Sabah dengan lebih dekat.

Harganya sekitar RM1093 ke RM1368. 

Panorama Menarik Gayana Marine Resort
Santai Berehat Dalam Bilik Yang Luas Dan Selesa
Nikmati Pemandangan Malam Yang Indah Dalam Bilik
Santai Menikmati Hidangan Bertemankan Bayu Laut

Dragon Inn Floating Resort

Seperti namanya, Dragon Inn Floating atau Hotel Naga Terapung ini dibina secara memanjang seperti badan naga. Rekaan penginapan yang unik menjadikan ia salah satu destinasi penginapan harus dikunjungi.

Menginap di hotel terapung ini sangat menarik dan harga yang ditawarkan juga cukup murah, harga penginapan Dragon Inn ini bermula dari RM 194.

Berehat Santai Di Ruang Istirehat Yang Cozy
Jom Beradu Dalam Bilik Naga!

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.