Wow… nampaknya impian rakyat Malaysia yang ingin merasai pengalaman menonton wayang dari dalam kereta bakal menjadi realiti tidak lama lagi di negara ini.
Beberapa hari lepas, viral di media sosial mengenai sebuah syarikat bernama M-Junction yang dikatakan bakal membuka pawagam drive-in pertama di Malaysia.
Meskipun belum ada maklumat terperinci mengenai filem, lokasi dan masa tayangannya yang diumumkan oleh syarikat itu.
Namun, 9 Julai 2020 kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada aktiviti pawagam drive-in itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Kebenaran itu dinyatakan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan bahawa terdapat beberapa SOP yang perlu dipatuhi, antaranya:
- Pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing
- Penjualan makanan dibuat secara dalam talian
- Proses mengambil makanan dilakukan secara pandu lalu
- Petugas RELA juga perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung
Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju