Trip Ke Melaka Tapi Lain Pulak Jadinya!

0 Comments

Hiii semua! Dah ada plan ke nak pergi mana-mana hujung minggu nanti? 

Baru-baru ni DD ada buat trip ke Melaka. Ofcoz la nak jenjalan kan walaupun Melaka tu dah banyak pergi ? tapi serius tak jemu! Haritu pulak pergi masa hari terakhir adik DD ada game kat sana, so gerak awal ke Melaka tengok game adik dulu. Time tu dah masuk 2nd half pun, jadinya gigih la iols dan kerabat berjalan dalam padang tu untuk 2nd nine haha Weh panas giler! Berlecak gak ahh keti tu aduiii. 

Adik habis game dalam tengah hari jadi tunggu dia pergi mandi, siap2 dulu apa semua sebab lepas tu kitaorg plan nak g mkn tengah hari kat kawasan situ. Ada satu tempat tu katanya femes yer. Asam Pedas Pak Man! Dah namanya hujung minggu, mmg ramai la menapak dan makan kat situ ? 

Dan inilah kitaorg order! Semuanya asam pedas hehe Rugilah kan dah sampai Melaka tak makan makanan feveret ni. 

Tapi harga? Alamak! DD tak hingat dah! Tapi sedap. DD suka atau ke sempat kitaorg lapar, tu yang rasa sedap? ?? Tapi takpelah, janji habis mkn gitu ?

Lepas makan tu, kononnya nak g jenjln lagi tapi masing2 mcm dah nak pengsan. Acah kan! Geram weh. Penat jer drive jauh2 tapi masing2 taknak buat aktiviti. Arghhh! Puas pujuk ni petang tu kitaorg pergi kat Sky Tower @ The Shore Melaka (walaupun DD ni gayat) 

Masa kitaorg pergi harga tiket rasanya dalam RM25 ke bawah tapi korg boleh je tengok kat website dia okay. Rajinkan sikit kihkih Serius tinggi! Masa nak naik tu kena jalan kat jalan kecik yang ber’glass’ mcm tu, rasa seriau hahah (biasalah gayat kan) 

Tapi dah sampai atas tu okay dah. Sempat lah nak berOOTD ke nak layan perasaan kejap atas tu. Cantik dan simple! Tapi better pergi masa petang dalam pukul 530pm ke 600pm mcm tu sbb kalau takk mahu terbakar jap kulit korg yer sebab panas kutt. Dah kata pun kat atas sekali kan. 

Rasanya trip kali ni yang macam aduh santai habis! Sebelum balik ingat nak pekena Klebang Original Coconut Shake dulu tapi sayangnya tak dapat ? 

DD rasa okay la trip mcm ni walaupun tak berapa jadi! Tak semestinya setiap trip tu kena perfect ikut rancangan kita kan. Maaf yer kalau korg rasa eh apa ni DD. Itu jer ke? Tak best la! Tapii mesti korang pun pernah jadi macam ni kan? Beberapa dah buat plan, beriya nak pergi banyak tempat tapi sekali dapat pergi 2 tempat jek! 

Tapi even tak jadi, jangan lupa untuk hepi, have fun dan enjoy every moment together ?? 

Tunggu for next entri pulakkk tauuu! Sebab sekarang dah banyak tempat destinasi yang best best dah buka, soo tunggu update dari DD tauu. 

Kredit: Malaysia Truly Asia

Leave a Reply

Your email address will not be published.