3 Menu Simple Sandwich Yang Boleh Bawa Untuk Berkelah!

0 Comments

Hii guyss. Minggu ni apa pulak korang? Dah book tempat ke? Meh la kongsi dengan DD. 

Tapi entri DD kali ni simple jer. DD nak tunjuk atau kongsi menu simple untuk berkelah TETAPI sebelum tu ramai tak yang kat sini suka berkelah atau picnic (omputehnya) ?. Ceritanya DD pernah set pergi berkelah ramai-ramai dengan kawan tapi bab makan minum FAIL! Ada TERLUPA atau TERTINGGAL! 

Bayangkan yer, bayangkan! DD haritu nak p berkelah tapi bila dah ready nak makan ni, SUDU & GARFU PLASTIK dengan AIR MINUM tak bawak ?? Kekdahnya? Gigih la salah seorang kawan DD berlari kejap ke supermarket g beli adoii ??

So better buat plan bebetul okay? Tapi hari ni DD nak kongsi menu simple yang korg boleh bawak pergi berkelah, tak keluar bajet yang banyak dan kalau tak bawak sudu garfu pun takpe, masih boleh pakai tangan ? Sini DD kongsi dengan korang 3 menunya iaitu: 

1. Sandwich Telur (Kegemaran Ramai) 

Bahan Inti: 

  • 5 biji telur
  • 1 sudu the herba itali
  • Secubit lada hitam
  • Secubit lada sulah
  • Sedikit mentega
  • 200gm cheezy mayo
  • 100gm mayones 

Bahan Sandwich:

  • Roti
  • Salad
  • Timun Jepun (dipotong bulat) 
  • Tomato (dipotong bulat) 

Cara Penyediaan: 

  1. Pecahkan telur ke dalam bekas dan pukul sebati.
  2. Masukkan sedikit herba itali, garam, lada hitam dan lada sulah. Kacau rata. 
  3. Panaskan kuali dengan mentega dan goreng telur separa masak.
  4. Angkat telur dan gaulkan bersama cheezy mayo dan mayones.
  5. Sedia dihidangkan bersama roti, daun salad, timun dan tomato. Hias mengikut kreativiti anda. 

2. Sandwich Sardin (Paling Legend!) 

Bahan Inti: 

  • 1 tin sardin
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis) 
  • 4 biji cili padi (dipotong halus) 
  • Sedikit jus lemon 
  • Secubit garam

Bahan Sandwich: 

  • Roti
  • Kepingan keju 
  • Mayones 
  • Sayur salad
  • Timun jepun (dipotong bulat)
  • Tomato (dipotong bulat) 

Cara Penyediaan: 

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak, masukkan sardin yang telah dihancurkan sedikit. 
  2. Masukkan semua bahan seperti bawang, cili padi, garam secukup rasa. Masak sehingga semua bahan layu. 
  3. Angkat dan perahkan sedikit lemon ke dalam sardin yang dimasak tadi. Gaul rata. 
  4. Ambil roti sandwich, letak kepingan keju, mayones, salad, inti sardin, timun dan tomato. Kemudian potong dua dan sedia untuk dihidang serta dinikmati.

3. Sandwich Beef Black Pepper

Bahan Sandwich: 

  • Roti 
  • Kepingan keju 
  • Mayones 
  • Daun salad
  • Timun (dipotong nipis)
  • Tomato ( dipotong nipis) 

Bahan Inti: 

  • 2 ulas bawang besar (dipotong dadu) 
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus) 
  • ½ biji lada benggala (dicincang halus)
  • 5 biji cendawan (dihiris halus) 
  • 400gm daging (dicincang halus) 
  • 150gm sos lada hitam 
  • 3 biji cili padi (ditumbuk halus) 

Cara Penyediaan: 

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, lada benggala, cendawan dan daging. Masak sehingga daging agak masak. 
  2. Kemudian masukkan sos lada hitam, cili padi yang dihiris dan garam secukup rasa. Masak sehingga sebati dan daging kelihatan seperti pecah minyak. Angkat. 
  3. Apabila daging sejuk, barulah ambil roti sandwich, letakkan daun salad, keping keju, daging yang dimasak tadi, mayones, timun dan tomato. 
  4. Kemudian dipotong dua. Sedia untuk dinikmati. 

Senang sangat la nak buat tiga-tiga sandwich ni! Tak perlu nak ada sijil pun ? SELAMAT MENCUBA! Jadi sampai sini je entri untuk kali ini. Stay tuned untuk next entri DD okay! Ada banyak tempat menarik yang DD tak shabar nak kongsikan dengan korang! 

Kredit gambar utama: Freepik

Leave a Reply

Your email address will not be published.