5 Muzium Yang Wajib Dikunjungi Sekitar Selangor

0 Comments

Hii guyss! Weekend korang macam mana? Well spend dengan orang terchenta tak? ? 

Extranya entri DD kali ni sebab DD nak kongsi 5 muzium yang best kita boleh kunjungi di sekitar Selangor! Bila muzium area sendiri dah cover semua, baru kita gerak ke negeri lain pulak hehe 

Siapa cakap pergi muzium ni bosan? Ish! Salah satu tips yang DD buat untuk bagi rasa best tu ialah DD bawak kawan yang minat dengan sejarah ni! Sebab nanti dorg akan explain dan ceritakan dari A sampai Z hihi Tapi mmg tak rugi lah sebab kita akan dapat tahu banyak tentang sejarah negara dan dapat pupuk semangat cintakan negara sesama kita. 

Jom DD kongsikan: 

1. Muzium Insitu Jugra, Kuala Langat. 

Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis (9.30am – 5.30pm), Jumaat (9.30am – 12tgh hari, 2.45pm – 5.30pm) 

Kalau korang dah plan nak ke Jugra tu, meh singgah sini dulu okay! Ianya merupakan bangunan runtuhan lama yang menjadi Balai Polis Daerah pada tahun 1878 dibina oleh Pegawai British, Kapten Harry Charles Syers dan kemudian dijadikan tempat pusat pemerintahan dan pentadbiran kesultanan Melayu Selangor. 

Bestnya muzium ni masuk free hehe tapi tak boleh amik gambar yer. So bila korang dah masuk tu, spend time betul2 kat sini okay? Kalau korg ada sebarang pertanyaan atau sebarang maklumat lanjut boleh terus emel ke info@heritage.gov.my.

2. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang

Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (10am – 5pm), Isnin dan cuti umum (tutup) 

Galeri Diraja ini dibina sebagai sebuah peringatan kepada Almarhum Sultan Selangor Salahuddin Abdul Aziz Shah. Bangunan muzium ini mula dibina pada tahun 1909 sebagai Bangunan Sultan Sulaiman di mana kerajaan Inggeris menggunakan bangunan tersebut sebagai Pejabat Tanah dan pentadbiran semasa Tanah Melayu British. Selain itu, bangunan ini juga pernah dijadikan markas Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 selepas kemerdekaan Tanah Melayu, bangunan ini dijadikan Pejabat Daerah Klang dan mula dibuka sebagai Muzium Peringatan pada tahun 1988 dan mula dirasmikan pada 19 Oktober 2007 oleh Sultan Sharafuddin sehingga kini.

Jangan risau, kat sini pun nak masuk free yer. Elok sangat datang dengan famili tu, sama-sama belajar tentang sejarah negara ? Tapi kalau korang ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi di talian ini – 03-3373 6500.

3. Muzium Kuala Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (9.30am – 5.30pm) 

Muzium ini menempatkan peninggalan sejarah Selangor yang boleh diketahui seperti batu nisan, senjata, tombak, meriam dan lain lain yang mana ia digunakan pada masa peperangan dari awal Kesultanan Selangor oleh Sultan Salehuddin (Raja Lumu) pada tahun 1766. Selangor juga mempunyai pertempuran tempatan (Perang Saudara) dan juga pertempuran yang diperjuangkan dengan Belanda dan Inggeris. Perang Saudara melibatkan Sultan Abdul Samad, Raja Mahmud, Raja Abdullah dari Kuala Lumpur, Raja Sulaiman (penguasa Klang), Tengku Kudin, dan Raja Mahadi. Ia kemudiannya adalah pertempuran untuk mendapatkan kuasa dan permainan politik di antara mereka yang berkuasa. Muzium ini terletak berhampiran dengan Altingsburd Lighthouse yang mana pengunjung boleh lawati selepas ke Muzium Kuala Selangor ini. 

Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: www.padat.gov.my

4. Pusat Warisan Kajang

Waktu Operasi: Hari minggu sahaja (10am – 5pm) 

Penubuhan Bandar Kajang adalah hasil daripada  perlombongan bijih timah dan penanaman getah. Pada tahun 1850-an, Daerah Hulu Langat merupakan tempat pertama untuk perlombongan bijih timah yang berada di Rekoh. Sultan Abdul Samad menawarkan untuk membuka lombong bijih timah di Bukit Arang kepada Towkay Chin Ah Chan pada tahun 1868. Pendatang Mandailing dari Sumatera adalah pelopor dalam membuka kawasan hutan di sekitar Kajang. 

Haa dah alang-alang korang ke kajang untuk food hunting tu, Pusat Warisan Kajang ni pun boleh masukkan dalam list korang hehe Baru la lengkap perjalanan tu kan! Kalau korang ada sebarang pertanyaan, emel ke – leekimsin@gmail.com

5. Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam

Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (9.30am – 5.30pm) 

Muzium ini merupakan lambang utama warisan budaya dan pembangunan di Negeri Selangor dan reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan seni bina Minangkabau. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1974 dan dinamakan sempena nama Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor yang ke-7. Muzium ini memaparkan artifak prasejarah penempatan manusia awal dan serpihan gendang dari zaman Gangsa (Dong Son) sejak tahun 600 SM. Malah, museum ini juga menceritakan sejarah Selangor dari zaman kerajaan Portugis, Bugis, Belanda, Melaka dan Kesultanan Johor sehingga Hari Kemerdekaan. 

Muzium ni nak masuk pun free tau! Ruginya la korang tak pergi! Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: info@padat.gov.my

Apa lagiii tu! Cepat-cepat plan datang sini dengan kawan ? Bila korang ke sini, jangan lupa payung gambar korang dengan kami yer hehe Bila kita tahu sejarah negara kita sendiri, kita semua akan lebih hargai kesenangan dan keamanan yang kita perolehi kini serta perasaan sayang pada negara tu pun makin bercambah gitu! 

Stay tuned untuk next entri DD okay? Confirm lain dari yang lain heheh 

Kredit gambar utama: Freepik

Leave a Reply

Your email address will not be published.