Hii, kembali ke Yukk Jenjalan bersama DD ? Stress kerija ke tu kihkih Takpe takpe! Ni yang DD nak story, bagi korang idea nak jalan mana dan release stress. Yang penting dekat jer kali ni DD pergi.
Weekend haritu DD pergi Sky Bridge KLCC. Since ada promosi lagi kan, masa ni lah kita grab dan pergi! Untuk trip ni, DD beli tiket seminggu awal sebab cepat sgt habisnya! Jadi kalau korang nak pergi, better beli tiket online siap-siap okay. 1 tiket skrg baru RM20 tapi jangan lupa tunjuk IC okay.
Oh, sebelum lupa, mesti akan orang tanya kat mana point nak masuk Sky Bridge ni. Korang kena cari yang ada kereta F1 kat (macam gambar kat bawah ni) ataupun korang pegi dekat tengah-tengah mall KLCC tu dan jumpa lift 1st floor pastu straight je, bila jumpa CIMB Money Changer tu belok kiri.
DD beli tiket pukul 11 pagi tapi kena datang 15 minit sebelum. Sebab biasalah nak check suhu apa semua lagi kan. Nasib baik DD beli tiket awal sebab tak ramai.
Before nak atas ni, dorg akan panggil untuk bergambar dulu pastu baru naik lif. Naik lif tu pun hanya 6 orang sahaja! So gilir-gilir la ye. Bila dah sampai atas pun, dia akan bagi brief dulu dan korang akan spend atleast 15 to 20 minutes kat atas ni. So pandai-pandailah nak buat apa! Macam DD, ofcoz bergambar la haha
View dari atas ni superb! Langit pun time ni biru, memang cantik sgt amik gambar.
Dah cukup masa, DD dengan kembar turun bawah pergi gift shop dia. Macam biasalah, dorg tunjuk gambar yang diambil sebelum naik tadi. Dia ada bagi dua ni dengan harga promo RM50 tauu dan siap bagi soft copy lagi!
Pastu DD pun turun ke taman KLCC bawah tu. Walaupun time tu dah pukul 12 lebih, nasib tak panas sgt. Cuaca pun redup, best jalan-jalan kejap kat taman tu. Besar! Maaf la yer, DD ni tak pernah lagi ke sana hahaha Walaupun membesar kat KL ni ? Memang sakan bergambar la ceritanya!
Dan dengan itu berakhirlah aktiviti DD dengan kembar pada hari itu ? Tak perlu pun nak jalan jauh-jauh. Cukup la pergi tempat yang dekat dengan kita. Yeayyy! Kejap tapi bermakna! Balik jer terus buat entri ni hehe Haa nak tahu ke mana lagi DD pergi? Jangan lupa untuk stay tuned dan tunggu next entri DD kayyyy!