Traveloka Tawar Promosi Bulanan 2 Digit Hingga 60%, Diana Danielle Sebagai Wajah Baru

0 Comments

Bila pelancongan domestik dah mula dibuka, ramailah yang ambil peluang nak bercuti untuk rehatkan minda kan?

Kalau tengok dekat TikTok, ramai dah mula share tempat staycation yang best, tempat makan yang memang padu dan tempat menarik yang boleh dikunjungi dengan harga yang murah.

Tapi paling senang kalau korang guna je app Traveloka. Sebab dalam satu app tu korang boleh tempah hotel, sewa kereta, tahu tempat menarik dan macam-macam lagilah. 

Nak pula sekarang ni Traveloka ada promosi bulanan dua digit macam 10.10, 11.11 dan 12.12 yang boleh korang grab!

Dalam usaha untuk tingkatkan lagi fungsi sebenar aplikasi ini sebagai satu platform yang selamat biarpun kita travel dalam keadaan wabak COVID-19 melanda, Traveloka dah pun lantik Diana Danieele sebagai duta jenama dorang untuk Malaysia sempena ulang tahun ke10 di Asia Tenggara.

Sebab ciri-ciri yang ada pada Diana Danielle yang bila travel selalu pilih aktiviti yang boleh eratkan hubungan keluarga, menunjukkan semangat keluarga Malaysia yang mengutamakan orang tersayang.

Dan kalau korang nak tahu juga, Traveloka baru je lancarkan permainan AR khas sebagai tanda terima kasih dan sebagai ganjaran kepada pengguna Malaysia. Paling best sebab korang berpeluang menang hadiah menarik berupa perjalanan percutian menarik tau!

Nak tahu lanjut tentang promosi Traveloka, boleh layari website https://traveloka.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.