Bestie! Jom Girl’s Day Out Dekat Selangor Sempena Hari Wanita Sedunia Weekend Ni?

0 Comments

Bestie! Tak ada plan ke nak bersama-sama sambut Hari Wanita Sedunia weekend ni? 

Almaklumlah, dah boleh bergelar wanita ni, makin banyak pula tanggungjawab kan? Sekali sekala keluar ramai-ramai, why not?

Kalau bosan dengan rutin sama je bila hangout, jom sis nak share plan yang boleh korang follow bagi meriahkan lagi hangout korang dekat Selangor.

Breakfast – Q Bistro, SS15 Subang Jaya

Kredit: @adell.sekhon

Keluar dengan bestie, kalau day trip kena keluar awal pagi. Barulah happening dan terasa lengkap walaupun tanpa sleepover. Masa ni korang bolehlah sarapan dekat Q Bistro, SS15 Subang Jaya

Q Bistro SS15 ni kalau nak tahu macam-macam ada. Semuanya di bawah satu bumbung je. Korang boleh pilih nak menu macam nasi lemak, roti bakar, mini pau atau pun dimsum. Memang fevret sangat!

Clay Expression Enterprise, Subang Jaya

Kredit: Tourism Selangor

Masa nilah nak tunjukkan kreativiti masing-masing, mana tahu tetiba terdiscover bakat baru dalam pembuatan tembikar ke. Bolehlah berimpian nak ada galeri koleksi sendiri sebab dekat sini tenaga pengajar dia memang pakar dalam melatih orang yang nak jadikan pembuatan tembikar sebagai hobi.

Jangan lupa pastikan bateri , bestie!

Shopping @ Central i-City, Shah Alam

Kredit: Facebook I-City Shah Alam

Dah habis main clay, jomlah kita cuci mata bershopping dekat Central i-City. Tapi hati-hati keluar dengan kawan-kawan ni nafsu untuk membeli tu macam menggila sikit. Yelah bila nampak cantik, ada je tukang hasut suruh beli je. Aduh, susah.

Berisari @ Taman Maya, Eco Ardence, Shah Alam

Kredit: 360tour.asia

Lepas dah cuci mata tengok benda duniawi, jomlah cuci mata tengok kehijauan alam pula. Sambil berOOTD layan sunset, bolehlah tengok ragam orang yang datang untuk beriadah. Dekat sini jangan lupa pergi jambatan yang menghala ke pelantar berstruktur empat segi dan bermotifkan harmoni.

Santai malam @ Uptown Relax Faithful Nature/Santai, Setia Alam

Kredit: Santai Setia Alam

Sebelum mengakhiri malam hang out, jangan lupa singgah dulu Uptown ni. Bolehlah menjamu selera makan makanan ala street food Malaysia. 

Yang penting hangout dengan bestie jangan lupa bawa power bank! Confirm banyak OOTD sampai habis bateri fon!Nak tahu tempat menarik dekat Selangor boleh check website www.selangor.travel

Leave a Reply

Your email address will not be published.