Hotel Mewah Dengan View Memukau Jadi Destinasi Wajib Singgah Di Santorini

0 Comments

Orang kalau pergi Greece, tak sah kan kalau tak share trip dorang pergi Santorini kan? Ala bangunan yang mostly warnanya putih dan biru tu. Betul-betul sebelah kawasan laut. View dia terutama kalau waktu sunset atau sunrise tu memang superb!

Kalau korang teringin sangat nak ke sini, tapi tak tahu caranya… Ha meh sis nak share cemana korang boleh datang dan rasai sendiri pengalaman view yang sangat sangatlah memukau ni.

Caranya mudah je, korang boleh terus je book bilik dekat salah satu hotel mewah yang tersenarai dalam senarai top 15 hotel dekat Greece dan Turki oleh Conde Nast Traveler’s Readers Choice Award 2021.

Dengan perjalanan flight hanya 4 jam je dari London, April memang time yang paling sesuai kalau tujuan trip korang memang nak jenis rilek menikmati kemewahan dalam private. Sebabnya korang boleh je minta untuk ber-candle light dinner dekat kawasan outdoor terraces tu.

Aww, terasa kan romantiknya kat situ. Dapat pula tengok view sunset, barulah boleh mengenang bibit-bibit perkenalan dan percintaan dengan partner, kan?

Selain daripada restoren Michelin-star yang ada, korang jugak boleh plan pusing-pusing kawasan villa dan berOOTD sampai pengsan. Atau boleh juga experience macam mana dorang simpan wine dekat Secret Wine Cave yang dah pun berusia 150 tahun!

Maklumat lanjut korang boleh terus je lawati website www.kanavahotels.com dan mula menempah dengan harga sekitar 550 Euro (+-RM2,518) untuk semalam.

View menarik korang boleh terus ke IG Mystique Hotel Santori.

Kredit gambar: Mystique Gallery

Leave a Reply

Your email address will not be published.