3 Lokasi Buffet Ramadan ‘All Can Eat’ Di Langkawi Dengan Harga Serendah RM50

0 Comments

Hai korang!

Kembali lagi dalam segmen buffet Ramadan yang kena korang cuba dan menarik untuk tahun 2022 ni. Kalau hari tu Juju ada share buffet Ramadan menarik yang boleh korang try dekat Desaru, Kota Kinabalu dengan Penang, kali ni Juju nak share buffet Ramadan dekat lokasi popular siakap kayangan.

Mana lagi kalau bukan Langkawi. Ehek!

Aloft Langkawi Pantai Tengah

Meraikan Ramadan dengan style tradisional aka tema kampung, korang boleh bawa family datang berbuka puasa dekat sini sambil menikmati keindahan momen matahari terbenam. Dengan diketuai Cef Razif, semestinya ada menu Kambing Bakar, Ayam Bakar, Gulai Udang bersama kuih muih tradisional.

Harganya sangat-sangat murah. Amat dasyat juga sebab hanya RM68 untuk dewasa, RM48 untuk warga emas dan RM34 untuk kanak-kanak! Murah gila kan?

Untuk tempahan Buffet Nookilan Citarasa Kampung sepanjang 8 April – 2 May 2022 ni, korang boleh contact +6012 204 2252 or email NoorAmira.Kasa@aloft.com.

The Westin Langkawi Resort & Spa

Dekat The Westin Langkawi Resort & Spa, korang akan dapat menikmati hidangan yang dimasak dengan diketuai oleh Cef Zack.

Bestya dekat sini, deria rasa korang akan dimanjakan dengan 5 rotational menu feast.  Ada makanan Melayu tradisional, Timur Tengah, Barat, India dan banyak lagi dengan harga cma RM90 seorang.

Dalam banyak-banyak main course dia, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Gulai Darat Ikan Tenggiri Masin bersama Pisang Muda, dan Daging Masak Hitam antara yang paling dinantikan.

Tapi kena buat tempahan awal tau bermula 2 April sampailah 1 Mei. Korang boleh call je terus talian +604 960 8888.

The St. Regis Langkawi

Untuk tahun ni. The St. Regis Langkawi kembali dengan santapan khas dari Utara dengan harga sekitar RM300 untuk 4 orang. Sangat berbaloi kalau korang tengah craving teruk. 

Ada Ayam goreng Berempah, Kerutuk Kambing, Ikan Balado dan Udang Masak Ayam Kunyit dengan nasi binyak dan dessert tradisional yang pasti menggamit memori. Contoh macam Pengat Pisang.

Memang seronoklah kan bawa mak ayah, pak cik mak cik, atuk nenek datang sini.

Kalau nak take away korang boleh try test menu takeaway macam lemang, ketupat dan rendang wangyu dengan harga RM150 untuk dua orang. Paling unik, untuk takeaway, akan diberi dalam mangkuk tingkat tau.

Atau orang utara sebut siaaaa~

Maklumat lanjut boleh terus call  +604 960 6666 atau emel je ke Reservation.Langkawi@stregis.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.