Orang Semenanjung, bila sebut je sungkai memang confirm akan teringat satu lokasi dekat Perak ni. Yang femes dengan nasi buluh tu. Tapi untuk orang Sabah & Sarawak, maksud sungkai tu ialah iftar atau pun buka puasa.
Unik kan?
Kalau korang ada plan nak travel ke Kota Kinabalu, Sabah bulan puasa ni. Jomlah rasa pengalaman bersungkai dekat Le Meridien Kota Kinabalu. Best gila, sebab ALL YOU CAN EAT!
Dengan bayaran RM158 untuk dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak, macam-macam menu ada disediakan dengan konsep Syukuri Ramadan yang diinspirasikan oleh barisan medical frontliner yang banyak membantu negara dalam fasa pandemik ni.
Kalau Juju listkan, boleh meleleh air liur korang weh. Lagi beberapa hari je nak puasa nihh~~
- Kambing Bakar Kukus Berempah,
- Gulai Lemak Cili Padi Daging Salai,
- Ayam Percik Golek,
- Shawarma,
- Mala Szechuan Cuisine
- Smoke Barbeque House
- Le Meridien Kota Kinabalu’s Signature Gearbox
- Kawah Brothers Special
dan banyakkkkkk lagi.
Tempahan untuk sungkai ni boleh dibuat sebelum 2 April untuk Early Bird. Dapat RM30 off okey. Berbaloi baloi.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut boleh terus telefon +608 832 2238 atau +6019 897 2258 alrite?
Salam Ramadan!