Ramadan tiba, Ramadan tiba~
Beberapa hari je lagi kita nak masuk bulan Ramadan. Selain daripada tahun ni bersemangat sikit nak terawih, pastinya korang juga tak lepaskan peluang plan tempat berbuka yang menarik untuk bawa kawan-kawan dan keluarga, kan?
Untuk yang tak suka suasana sesak Kuala Lumpur, korang maybe boleh cuba tukar selera berbuka dekat Putrajaya pulak. Sesuai dengan itu, Juju nak share lah dengan korang 3 lokasi yang boleh korang masukkan dalam #bucketlist untuk buffet Ramadan 2022.
1. Le Meridien Putrajaya
Tahun ni, Le Meridien Putrajaya kembali dengan konsep Destinasi Rasa yang diketuai khas oleh Chef Naem dalam menyajikan menu-menu signature hidangan Ramadan macam Rendang Pucuk Ubi, Kari Kambing Bakar, Rendang Hijau Itik Salai dan banyak lagilah.
Tak dilupakan juga, ada menu Kambing Percik, Udang Masak Ros, Rendang Kerbau dan Asam Pedas Ikan Jenahak tau! Dengar pun daj terliur. Korang bayangkan jelah lebih 100 hidangan yang disediakan termasuklah hidangan antarabangsa.
Dengan harga RM188 untuk dewasa dan RM94 untuk kanak-kanak, korang boleh contact +603 8689 6888 / 6862 / 6847 atau emelkan ke dining.lmputrajaya@lemeridien.com untuk tempahan awal bermula 2 April hingga 1 Mei.
Oh ya, early bird yang nak tempeh sebelum 30 Mac ni boleh nikmati harga serendah RM74 untuk kanak-kanak dan RM148 untuk dewasa. Member Marriot Bonvoy pun entitled untuk dapatkan diskaun sehingga 20% tau!
2. Palm Garden Hotel, Putrajaya
Dengan harga serendah RM128 untuk dewasa dan RM64 untuk kanak-kanak, Palm Garden Hotel, Putrajaya ada sediakan hidangan kampong yang menarik untuk korang cuba. Ayam Golek, Gulai Ikan Tongkol Dungun, Kam Heong Prawns, Kambing Varuval adalah antara menu yang menarik untuk korang cuba.
Sama juga macam Le Meridien Putrajaya, member Marriot Bonvoy pun entitled untuk dapatkan diskaun sehingga 20% tau!
Untuk tempahan early bid, harga boleh dapatkan dengan nilai serendah RM98 untuk dewasa dan RM49 untuk kanak-kanak.
Tempahan boleh dilakukan di dining.trbputrajaya@tributeportfolio.com atau telefon je +603 8943 2233 / +6016 314 4101.
3. Putrajaya Marriott Hotel
Masih dengan menu tradisional Melayu, Putrajaya Marriott Hotel ada sediakan lebih 100 menu Melayu dan Asia Tenggara dengan harga Cuma RM188 untuk dewasa dan RM94 untuk kanak-kanak.
Jadi macam-macam menu korang boleh try antara yang Juju rasa menggoda nafsu makan Juju ialah dessert berasaskan durian macam Cendol Durian, Serawa Durian, Durian Cheesecake dan banyak lagilah untuk peminat durian macam Juju ni.
Tak dilupakan juga, ada Sate Kajang, Kambing Bakar, Sambal Belacan yang boleh menaikkan lagi selera makan korang.
Early bird, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pakej ni dengan harga murah tau. Member Marriott Bonvoy pun sama. Senang je terus WhatsApp nombor +6011 5685 5608 untuk maklumat lanjut.
Nak tahu mana lagi port buffet Ramadan yang menarik dan sedap, boleh baca sharing Juju DEKAT SINI.