Kampong Gelam #BagiUp Sepanjang Ramadan Dengan Limpahan Cahaya Warna Warni

0 Comments

Sejak border Malaysia-Singapura dibuka ni, ramai yang ambil peluang melancong ke negara jiran kita yang satu ini. Rancang trip dengan orang tersayang, buat day trip atau staycation untuk lepaskan gian nak travel luar negara.

Kalau korang ada trip ke Singapura lagi dalam bulan Ramadan ni, Juju nak share dengan korang satu tempat yang meriah sepanjang bulan suci ni iaitu Kampong Gelam.

Kaya dengan budaya etnik bersejarah Singapura, Kampong Gelam sepanjang Ramadan ni akan meriah dengan pelbagai aktiviti di kawasan kejiranan dengan kempen #BagiUp bertema Cinta Cahaya Ramadan.

Kalau korang nak tahu, Kampong Gelam ni asalnya merupakan kawasan kediaman Sultan-Sultan Melayu pada tahun 1820-an sebelum beransur didiami orang berlainan bangsa dan agama yang berhijrah ke sini pada abad ke-19 dan ke-20.

Pada tahun 1989 pula, Kampong Gelam diwartakan sebagai sebuah kawasan pemuliharaan bagi mengiktiraf kekayaan warisan dan budayanya.

Dekat sini korang boleh rasa ikut workshop menarik maacam craft & printmaking, incense workshop, leather keypouch selain daripada pusing kawasan dengan naik beca atau vespa lejen.

Selain daripada boleh datang sendiri dan rasai pengalaman melawat Kampong Gelam, korang boleh juga tengok siaran langsung dekat YouTube Visit Kampong Gelam bersama Siti Sally dan Samad. 

Maklumat lanjut korang boleh layari website https://visitkamponggelam.com.sg/

Leave a Reply

Your email address will not be published.