Last Minute Shopping Raya? Jangan Risau Ini Lokasi Penyelamat Korang

0 Comments

Macam lagu Iman Troye, tahun ni memang terasa sekejap je nak masuk Hari Raya kan? Pejam celik pejam celik Hari Raya dah tiba.

Dan tahun ni semangat orang nak balik beraya lepas dua tahun beraya di perantauan memang lain macam. Jem teruk jalan raya! Semua pakat cari persiapan raya sebelum raya sakan dekat kampung.

Kalau ada kelengkapan raya korang yang masih belum lengkap, jom lengkapkan sekarang. Tapi jangan risau. Sebab dekat Selangor banyak sangat tempat shopping yang boleh korang shopping last minute!

1. Kompleks PKNS Shah Alam

Kompleks PKNS memang salah satu tumpuan orang ramai, sebab dekat sini bukan setakat korang boleh jumpa kedai baju dengan kedai kuih raya je. Tapi ada juga kedai elektronik, kedai emas dan macam-macam lagi.

Kena pulak timing duit Pengeluaran Khas dah masuk. ;p

2. Seksyen 7, Shah Alam

Cari fesyen muslimah, Seksyen 7 Shah Alam memang lokasi sesuai untuk korang kunjungi sebab dekat sini ada banyak jenama yang boleh korang pilih. Bella Ammara, Hatta Dolmat, LosraVelda dan banyak lagilah. Tak mampu nak senaraikan.

3.  Bangi Sentral

Bangi Sentral ni memang hab yang mana majority daripada 80 buah kedai dalam ni adalah restoran dan butik fesyen. Memang bertawaf lah kalau datang sini. Tips untuk para lelaki yang menemani, sila bawa kerusi sendiri. Korang akan penat menanti para wanita shopping kalau datang sini!

4. Mall 

Kalau korang tak nak bersesak dalam panas, boleh lah bersesak dekat beberapa mall yang memang selalu jadi tumpuan bila musim-musim perayaan tiba. 

  • GM Klang Wholesale City,
  • SACC Mall,
  • Melawati Mall, dan
  • The Curve Mutiara Damansara.

Raya tetap Raya, tapi jangan lupa tetap berjaga-jaga tau. Kita masih belum bebas sepenuhnya.

Selamat Hari Raya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.