Lebih Banyak Stesen Pengecasan Kereta Elektrik Di Malaysia Dengan Kerjasama GoCar x EV Connection

0 Comments

Pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia lepas ni dah boleh tarik nafas lega sebab dengan kerjasama antara GoCar dan EV Connection untuk tingkatkan jaringan stesen pengecasan yang ada. 

Dengan aplikasi mudah alih GoCar dan platform JomCharge milik EV Connection, lebih banyak akses ke stesen pengecasan EV dan pengecas pantas DC disediakan untuk orang awam dan juga pengguna GoCar.

Dalam pengumuman yang dibuat pada acara Electric Vehicle Expo (EVx) 2022 yang berlangsung di Setia City Convention Centre baru-baru ini, perancangan masa depan turut dibentangkan.

Antaranya keupayaan pra-tempahan pengecas EV, menyusun semula waktu pengecasan, membuat pembayaran dan mengetahui perkembangan terkini pengecasan kenderaan melalui aplikasi GoCar.

Kalau korang nak rasa sendiri pengalaman memandu EV yang senyap, bersih dan berkuasa korang boleh je terus download app GoCar Malaysia di App Store atau Google Play.

Untuk dapatkan maklumat lanjut pasal GoCar Malaysia boleh terus ke https://hi.gocar.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published.