Resort Taman Eko Rimba Komanwel Rawang Jadi Lokasi Pemilihan Majlis Apresiasi Media x Tourism Selangor

0 Comments

Zaman sekarang, media massa berperanan penting dalam usaha memupuk semangat dan mengekalkan keamanan. Tak dilupakan juga sebagai medium penyebaran lokasi-lokasi  pelancongan menarik dalam negara.

Jadi sebagai menghargai sumbangan dan jasa penggiat Malaysia, Tourism Selangor telah menganjurkan program FAM (Familiaization) Trip atau Open Day serta Majlis Makan Malam dengan kehadiran lebih 150 penggiat media termasuklah wartawan, editor, penulis, blogger, selebriti, KOL, YouTuber dan ramai lagi.

Sumber Tourism Selangor

Majlis yang berlangsung dari pagi hingga malam ini dirasmikan oleh Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, YB Tuan Hee Koy Sian.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 27 kategori anugerah dan penghargaan diperkenalkan untuk diberikan kepada media yang hadir dengan sesi penilaian yang diambil kira ialah jumlah liputan serta nilai konten yang diwar-warkan dalam pelbagai platform media. 

Antaranya Liputan Media Terbaik, Video Travelog Terbaik, Majalah Pelancongan Terbaik, Wartawan Terbaik, Konten Media Sosial Terbaik dan Program TV Terbaik.

Lokasi penganjuran majlis pada kali ini ialah di Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK), Rawang bagi memperkenalkan tarikan pelancongan dan aktiviti yang berkonsepkan eko pelancongan seperti glamping, jungle trekking dan ATV.

Sumber Tourism Selangor
Sumber Tourism Selangor
Sumber Tourism Selangor

Untuk pengetahuan korang, RTERK yang terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993 menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap berpanorama indah. Nak tahu lagi lokasi menarik Selangor dengan konsep alam sekitar atau dekat dengan nature, korang boleh terus rujuk DI SINI. Macam macam lah tempat dekat area KL & Selangor boleh korang pergi!

Leave a Reply

Your email address will not be published.