Rumah Hantu Drive Thru Pertama Dah ‘Mendarat’ Di Melaka

0 Comments

Sekarang ni bukan makanan je boleh drive thru tau. Rumah hantu pun dah join the trend!

Awal tahun dulu viral juga pasal aktiviti melawat rumah hantu secara drive thru dekat negara jiran. Tak macam dulu, masuk rumah hantu dekat fun fair sama ada naik train atau jalan kaki, kali ni lain gayanya. Pergi jumpa hantu naik kereta.

Berlokasi di Alor Gajah, Melaka, Haunted House Drive Thru ni akan bagi korang pengalaman berbeza.

Sebab semua orang perlu berada dalam kereta yang mana tingkap dibuka semasa mealalui jalan yang gelap dan menyeramkan. Bonet pun kena buka tau!

Untuk elakkan kesesakan, korang boleh book dulu sebelum pergi. Yang kata jiwa kental, jiwa paranormal tu memang korang kena try out cepat-cepat sebelum event ni tamat!

Fuh, ketar kaki beb tengok video @gadispurba ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.