Sambutan Hangat Lagu Tiara Versi P. Ramlee – P. Radhi Senang Hati

0 Comments

Sesiapa yang pernah menonton Bintang P. Ramlee 2016, sudah pasti mengenali milik suara emas ini. Mana taknya, P. Radhi atau nama sebenar Muhammad Radhi AB. Rahman merupakan juara bagi rancangan tersebut dan dikhabarkan telah dipinang Luncai Emas Sdn Bhd sebagai artis jagaan mereka.

Lagu Tiara ciptaan Dato M Nasir menjadi pilihan hati P. Radhi untuk dinyanyikan dalam versi P. Ramlee. Dikatakan peminat setia arwah Tan Sri P. Ramlee sejak masih kecil, beliau tidak menyangka nyanyian “cover” di Tik Tok menjadi viral dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Ramai yang meluahkan akan kerinduan untuk mendengar dendangan lagu-lagu arwah Tan Sri P.Ramlee. Ini membuatkan P. Radhi bertambah teruja dan semangat atas sokongan yang diberikan.

Video Muzik ‘Tiara’ P. Radhi diarahkan oleh Juril Jumali, juga diinspirasikan dari filem Penarek Becha. Penggambarannya telah dijalankan di Melaka dan dimuat naik di Youtube sehingga mencapai 30 ribu tontonan dalam masa 3 hari sahaja. Fuh! Syabas diucapkan buat P. Radhi. Harap P. Radhi dapat menyajikan lebih banyak lagi muzik-muzik yang berkualiti untuk tatapan halwa telinga kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.