Kemunculan Semula Sutradara Dain Said Bersama Filem ‘Harum Malam’

0 Comments

Dain Said, pengarah filem tersohor Malaysia kini membuat ‘comeback’ dengan sebuah karya barunya tidak lama lagi. Filem Harum Malam yang bergenre seram akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 9 Februari 2023 tahun depan. Nak tahu seram tak seram, korang semua wajib pergi tengok!

Sedikit sinopsis untuk korang, Harum Malam berkisarkan pergelutan hidup Iqbal iaitu seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk ghaib pada mata kasar manusia. Keupayaan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib. Filem ini diterbitkan oleh Apparat, dan buat pertama kali bekerjasama dengan D’Ayu Pictures and Skop Productions.

Antara barisan pelakon yang terlibat ialah Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein. Juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar – Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.

Kalau korang nak tahu, Harum Malam akan mendapat tayangan perdana antarabangsa (Festival World Premiere) di Fantastic Fest, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara. Filem-filem lain yang pernah ditayangkan pada festival filem ini adalah seperti filem Spilt (2016), arahan M. Night Shyamalan dan There Will Be Blood (2007), arahan Paul Thomas Anderson. Festival filem Fantastic Fest ini akan berlangsung di Austin, Texas pada 22-29 September 2022.

Pada bulan Oktober Harum Malam juga akan mendapat tayangan perdana Eropah (European premiere) di Sitges Film Festival, Sepanyol, sebuah festival filem yang mengketengahkan filem-filem seram dan fantasi dari seluruh dunia. Filem-filem mashyur yang pernah ditayangkan di sana termasuklah filem Pulp Fiction (1994), arahan Quentin Tarantino, dan Arrival (2016), arahan Denis Villenueve. Hebat tak hebat filem kita ni geng?

Siap-siap roger member pakat simpan duit nak serbu panggung wayang tahun depan. Siapa jerit paling banyak suruh deal belanja teh ais boba ikat tepi!

Leave a Reply

Your email address will not be published.